26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaBerita UtamaDakwa Covid-19 hilang selepas joging 10km, jurulatih kecergasan ditegur doktor pakar

Dakwa Covid-19 hilang selepas joging 10km, jurulatih kecergasan ditegur doktor pakar

Sejak munculnya virus Covid-19 terlalu banyak petua yang dikongsikan orang ramai tentang cara untuk menghilangkannya. Ada yang kata perlu makan itu, ada yang kata perlu minum air ini dan bermacam-macam lagi petua yang adakalanya seperti tidak masuk akan jika difikir semula. Itu belum termasuk mesej berantai yang disebarkan di aplikasi WhatsApp, macam-macam petua ‘merepek’ diberikan oleh orang ramai.

Ya, kita semua faham tujuannya baik, untuk mengelakkan virus serta untuk membantu kesembuhan kepada mereka yang dijangkiti. Namun, petua-petua yang dikongsikan tiada bukti saintifik terhadap kesannya. Apa yang lebih teruk, ada yang menggunakan petua yang diberikan untuk dijadikan alasan untuk tidak mengambil vaksin. Hal ini menunjukkan seolah-olah virus Covid-19 memang mudah untuk dihapuskan begitu sahaja.

Baru-baru ini seorang pelatih kecergasan berkongsi sebuah lagi ‘petua’ untuk menghilangkan Covid-19 sehingga dikecam oleh netizen termasuk seorang doktor pakar. ‘Petua’ tersebut telah dikongsikan di laman TikTok miliknya dan mula mendapat perhatian ramai.

Menurut pemuda itu, dia telah mendapati dirinya positif Covid-19 selepas melakukan ujian kendiri menggunakan kit ujian pantas (RTK). Menurutnya dia mendapati dirinya positif pada 2 Mac dan kemudian keesokan harinya, 3 Mac dia melakukan ujian sekali lagi dan mendapati dirinya negatif.

Selepas mendapati dirinya positif dia memutuskan untuk keluar berjoging pada keesokan harinya. Menurutnya lagi dia mampu berlari sejauh 9.86km tanpa mengalami sebarang sesak nafas malah dia turut berasa lebih baik selepas melakukan senaman itu.

Tambahnya lagi, dia hanya melakukan senaman di lokasi terpencil kerana dia sedar yang dirinya positif Covid-19.

Video itu kemudian mula tular sehingga dikecam ramai netizen dengan mengatakan dia hanya mementingkan diri sendiri dengan tidak mematuhi kuarantin tujuh hari seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Video itu juga mendapat banyak kecaman dan kritikan daripada netizen di Twitter. Melihat apa yang berlaku seorang doktor pakat telah terpanggil untuk mengulas dakwaan tersebut. Menurut seorang perunding perubatan Hospital Putrajaya dan pakar nefrologi, Dr Rafidah Abdullah, apa yang didakwa oleh lelaki tersebut adalah sesuati yang ‘mengarut’.

“Lari 10km boleh ‘hilangkan’ COVID-19? MENGARUT!,” tulisnya dalam tweet pada Isnin, 14 Mac lalu.

Doktor tersebut kemudian ada menegaskan bahawa sesiapa yang mendapati diri mereka positif Covid-19 dengan RTK hendaklah segera mengasingkan diri dan menjalani kuarantin.

“Mengapa anda pergi untuk lari sejauh 10km di luar rumah? Untuk menyebarkan virus kepada orang lain?” keluhnya, sambil menambah bahawa mereka yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seharusnya ditangkap sahaja.

Dr Rafidah juga ada menjelaskan bahawa keputusan ujian kedua lelaki itu berkemungkinan besar negatif yang salah (false negative).

“RTK ialah ujian SARINGAN!” tambahnya lagi.

“Jika test PCR, anda masih lagi positif. Jangkitan tidak “hilang” dan anda “sembuh” dan selamat keluar dari kuarantin sebelum waktunya. Bagus buat ujian berkala tapi negatif tidak bermaksud anda tiada ya.”

Dia menambah bahawa adalah baik bahawa orang ramai menguji diri mereka dengan kerap dengan RTK, tetapi satu keputusan negatif tidak menjamin bahawa mereka tidak dijangkiti.

Akhir sekali, perunding perubatan itu memberi amaran bahawa pesakit Covid-19 berisiko mengalami serangan jantung. Jadi, mereka perlukan rehat, kekal hidrasi dan makan makanan yang sihat.

Selepas tinjauan dibuat di laman TikTok pemilik video tersebut telah menurunkan video tersebut.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI