Seorang wanita berusia 41 tahun dari Kuantan yang ingin membeli Toyota Vellfire terpakai terduduk apabila mendapati impiannya musnah dan mengalami kerugian RM23,000 selepas menjadi mangsa scam penjualan kereta terpakai di Facebook.
Wanita yang bekerja sebagai peniaga itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Temerloh pada 4 Mac 2022 selepas menyedari dirinya ditipu oleh scammer tidak bertanggungjawab, menurut Bernama.

Dalam laporannya, wanita itu diberitahu harga Toyota Vellfire terpakai ialah RM80,000 apabila dia menghubungi seorang individu dikenali sebagai Stacy yang menyiarkan iklan kereta mewah itu di Facebook.
Scammer itu kemudian meminta wanita ini memasukkan wang pendahuluan untuk kenderaan idamannya, yang dilakukannya dalam empat transaksi berasingan dengan jumlah keseluruhan RM23,000 pada November tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, “Suspek mengelak dan memberikan pelbagai alasan apabila mangsa bertanyakan butiran lanjut mengenai kenderaan itu yang menimbulkan syak wasangka sebelum menyedari dirinya telah ditipu.”
Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati untuk tidak terpedaya dengan tawaran jualan kenderaan mewah terpakai dengan harga murah menarik yang tidak masuk akal di media sosial, yang ternyata biasanya begitulah taktik scammer.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: