31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaBerita UtamaHampir kesemua murid dibenar hadir ke sekolah tanpa penggiliran mulai 21 Mac...

Hampir kesemua murid dibenar hadir ke sekolah tanpa penggiliran mulai 21 Mac ini

KUALA LUMPUR: Pengoperasian sekolah penggal satu bagi sesi akademik 2022/2023 yang akan bermula pada 21 Mac ini adalah lebih terbuka dengan hampir keseluruhan murid akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.

Beliau menerusi satu video yang dikongsi di akaun Facebook hari ini berkata namun begitu Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memantau keadaan semasa untuk memastikan dan menetapkan bila tarikh bagi murid yang hadir ke sekolah secara penggiliran dapat hadir ke sekolah secara tanpa penggiliran.

Facebook

“Apabila sekolah dibuka kelak kami di KPM berharap ibu bapa, murid, guru dan warga pendidikan dapat bersama memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi dengan baik supaya sesi persekolahan berlangsung dengan selamat dan teratur,” katanya.

Beliau berkata sekiranya ibu bapa atau penjaga memilih untuk tidak menghantar anak masing-masing ke sekolah apabila sekolah dibuka pada 21 Mac, ketidakhadiran itu tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin tetapi ketidakhadiran murid perlu dimaklumkan kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod.

Mengulas pengoperasian sekolah rendah apabila penggal persekolahan dibuka pada 21 Mac, Radzi berkata bagi sekolah rendah dengan enrolmen murid kurang daripada 600 orang, semua murid sekolah rendah harian dan sekolah rendah swasta termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa akan hadir tanpa penggiliran.

“Sekolah rendah swasta termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa dengan enrolmen melebihi 600 murid boleh mengemukakan permohonan kepada KPM untuk beroperasi sepenuhnya,” katanya.

Radzi berkata bagi sekolah rendah dengan enrolmen murid melebihi 600 orang, murid yang akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran ialah murid berkeperluan khas (MBK), Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), murid prasekolah, murid Tahun Satu, Dua dan Enam serta semua murid penerima Rancangan Makanan Tambahan.

“Bagi Tahun Tiga, Empat dan Lima, murid ini akan hadir secara penggiliran. Ketetapan ini turut terpakai untuk sekolah swasta, sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang setara,” katanya.

Beliau berkata ujian saringan kendiri COVID-19 yang perlu dijalani 10 peratus murid sekolah rendah dilaksanakan pada penggal persekolahan sebelum ini dikekalkan apabila sesi dibuka pada 21 Mac ini dan KPM akan membekalkan test kit kepada murid untuk ujian di rumah dan laporkan keputusan ujian kepada sekolah.

Menurut Radzi mulai 21 Mac apabila semester atau penggal persekolahan baharu bermula, pelajar di sekolah menengah akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk tempoh dua minggu dari 21 Mac hingga 4 April seterusnya hadir ke sekolah secara bersemuka bermula 4 April kecuali sekolah berasrama penuh.

Semua pelajar sekolah menengah akan masuk ke sekolah tanpa penggiliran. Ini termasuk pelajar berkeperluan khas, kelas peralihan, Tingkatan Satu hingga Enam, prauniversiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) dan pelajar peperiksaan antarabangsa yang setara, katanya.

Radzi berkata untuk sekolah menengah berasrama penuh, murid yang akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran adalah pelajar Tingkatan Dua hingga Enam, prauniversti, IBDP serta peperiksaan setara yang lain dan mereka akan dibenarkan masuk ke asrama mulai 4 April.

Beliau berkata pelajar Tingkatan Satu yang berjaya memasuki sekolah berasrama, boleh memilih sama ada menjalani PdPR atau menumpang di sekolah harian yang berdekatan kediaman sehingga tarikh kemasukan ke sekolah berasrama diumumkan KPM.

Menurutnya bagi sekolah swasta berasrama yang mempunyai kapasiti untuk urus keseluruhan pelajar, sekolah berkenaan boleh beroperasi sepenuhnya termasuk pelajar baharu Tingkatan Satu.

Menyentuh mengenai pakaian seragam sekolah, Radzi berkata KPM menggalakkan murid memakai seragam sekolah namun bagi mereka yang mempunyai halangan, KPM juga membenarkan murid untuk hadir ke sekolah dengan pakaian yang sopan dan bersesuaian.

Katanya sesi persekolahan bagi kolej vokasional akan berlangsung tanpa penggiliran mengikut takwim pengajian akademik masing-masing termasuk penuntut Sijil Vokasional Malaysia dan Diploma Vokasional Malaysia.

Beliau berkata bagi kolej matrikulasi semua penuntut akan hadir tanpa penggiliran mengikut takwim akademik masing-masing. Bagi sistem empat semester yang akan hadir ialah penuntut semester dua dan semester empat manakala bagi sistem dua semester, ia melibatkan penuntut semester dua.

Menurutnya, bagi Insititut Pendidikan Guru (IPG), kehadiran adalah tanpa penggiliran mengikut takwim kalendar akademik. Ia meliputi pelajar lima program iaitu Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Diploma Pascasiswazah Pendidikan, Diploma Perguruan Malaysia dan Program Intervensi Tambah Opsyen.- BERNAMA

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI