26.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024
UtamaBerita UtamaBangkai kapal 130 tahun ditemui pada kedalaman 650 kaki di bawah permukaan...

Bangkai kapal 130 tahun ditemui pada kedalaman 650 kaki di bawah permukaan tasik dalam keadaan baik

Terletak 56 kilometer dari Deer Park, Michigan, kapal yang pernah dianggap hilang selamanya, Atlanta, ditemui pada kedalaman 650 kaki (198 meter) di bawah permukaan tasik, menurut Persatuan Sejarah Kapal Karam Great Lakes (GLSHS), yang mengumumkan penemuannya pada 3 Mac lalu.

Bangkai kapal Atlanta yang berusia 130 tahun itu akhirnya ditemui di dasar Tasik Superior.

Ia ditemui selepas pasukan penyelidik dengan kerjasama Marine Sonic Technology menggunakan teknologi sonar untuk memetakan lebih 2,500 batu Tasik Superior, pada musim panas 2021.

Kini masa untuk pasukan penyelidik memberikan konteks tentang penemuan bangkai kapal itu, kata Corey Adkins, Pengarah Komunikasi dan Kandungan GLSHS kepada portal CNN.

Membawa muatan arang batu, Atlanta, dikatakan telah tenggelam semasa ribut pada 4 Mei 1891. Seramai tujuh orang kru kapal berjaya diselamatkan bot penyelamat dan mengambil masa selama berjam-jam sebelum tiba di Stesen Penyelamat Crisp Point.

Namun ketika bot penyelamat untuk cuba mendarat, ia terbalik dan hanya dua kru yang selamat sampai.

Menurut Bruce Lynn, Pengarah Eksekutif GLSHS, bangkai kapal yang masih dalam keadaan baik dan boleh dikenal pasti dengan jelas selepas lebih 100 tahun adalah amat jarang berlaku.

Bangkai kapal itu dikatakan terpelihara dengan baik kerana air Tasik Superior yang sejuk.

“Ia benar-benar mengkagumkan dan masih cantik selepas 130 tahun di dasar tasik,” kata Lynn dalam satu kenyataan.

Tasik Superior merupakan tasik air tawar terbesar di dunia jika dikira berdasarkan luas permukaannya (lebih 82,100 kilometer persegi), namun bukan yang terbesar dari kiraan isipadu air.

Bahagian selatan Tasik Superior mencecah sempadan Michigan, Wisconsin dan Minnesota di Amerika Syarikat, manakala bahagian utaranya pula berada dalam sempadan Ontario, Kanada.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI