30 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaBerita UtamaBakal sediakan lokar di sekolah, kerajaan usaha tangani isu beg sekolah berat

Bakal sediakan lokar di sekolah, kerajaan usaha tangani isu beg sekolah berat

PETALING JAYA: Bagi menangani isu beg sekolah yang berat, Kementerian Pendidikan akan menyediakan lokar untuk murid di sekolah rendah sesi dua, bermula dengan murid Tahun Satu, Dua dan Tiga tahun ini.

Dalam satu kenyataan beliau berkata ia melibatkan dua fasa, dengan fasa pertama murid tahap satu iaitu Tahun Satu, Tahun Dua dan Tahun Tiga yang beroperasi secara dua sesi dan akan membabitkan 10,662 kelas serta 323,186 murid dengan anggaran peruntukan RM37.3 juta.

Katanya bagi fasa kedua pula, penyediaan lokar akan diperluaskan kepada murid tahap dua iaitu Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam yang beroperasi secara dua sesi dengan pelaksanaan dijangka pada 2023.

“Setelah meneliti isu beg sekolah berat secara terperinci, kementerian mendapati masalah itu kritikal dalam kalangan murid sekolah rendah khususnya murid Tahun Satu hingga Tahun Tiga.

“Ini adalah pendekatan baharu memandangkan Kementerian Pendidikan menyediakan lokar kepada pelajar buat kali pertama.

“Bagaimanapun bagi sekolah satu sesi, pelajar akan menyimpan buku di dalam laci meja di bilik darjah masing-masing,” kata Radzi dalam video yang dimuat naik ke laman Facebooknya pada Ahad, 6 Mac.

Inisiatif lokar itu merupakan satu daripada tujuh penyelesaian holistik yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan untuk mengatasi isu beg sekolah yang berat, yang telah berterusan selama hampir tiga dekad, kata Radzi.

Langkah lain yang diambil untuk menyelesaikan isu beg sekolah yang berat termasuk penyusunan semula jadual waktu kepada tiga hingga empat mata pelajaran sahaja sehari dan memberi kelonggaran kepada sekolah untuk menyediakan jadual waktu mengikut sistem giliran mingguan.

Sistem penggiliran jadual waktu mingguan akan dapat mengurangkan bilangan buku teks dan buku aktiviti yang dibawa oleh pelajar ke sekolah setiap hari, kata Radzi.

Bilangan buku latihan juga dihadkan kepada dua bagi setiap mata pelajaran, dengan setiap buku latihan tidak melebihi 80 muka surat, kata Radzi.

“Dalam lawatan ke sekolah-sekolah itu, kami mendapati ramai pelajar membawa lebih daripada dua buku latihan untuk satu mata pelajaran,” katanya.

Satu lagi langkah yang sedang dilaksanakan kementerian untuk menangani isu beg sekolah yang berat ialah mengehadkan jenis buku aktiviti dan buku kerja yang digunakan oleh pelajar.

Radzi berkata pelajar hanya dibenarkan menggunakan buku aktiviti yang disediakan Kementerian Pendidikan manakala buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan di luar waktu rasmi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

“Guru pula digalakkan menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali atau pembelajaran terbeza,” kata Radzi.

Sementara itu, menurutnya lagi penerbitan buku teks dalam format digital akan dibuat secara berterusan dan sehingga kini sebanyak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), yang boleh diakses oleh semua murid yang mempunyai peranti.

Dalam pada itu, Radzi berkata KPM juga akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari aspek penyelarasan uniform, agar murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Beliau turut melahirkan harapan agar inisiatif yang digariskan dapat mengurangkan masalah beg sekolah yang berat, kerana ia sudah lama berlaku.

Kementerian juga sebelum ini melakukan tiga kajian besar berkaitan isu itu pada 1994, 2008 dan 2017 serta mengambil pelbagai tindakan untuk menangani isu itu, kata Radzi.

Ini termasuk mengeluarkan pekeliling penggunaan buku kerja di sekolah rendah pada 2000 dan juga garis panduan menangani beg sekolah yang berat pada 2018 namun masalah itu masih berlarutan, katanya.

“Bagi memastikan setiap pendekatan dilaksanakan sebaik mungkin bagi mengurangkan masalah beg sekolah berat, kementerian akan memantau secara rapi pelaksanaan semua pendekatan yang digariskan.

“Pemantauan akan dilakukan oleh pasukan petugas yang akan melaporkan secara berkala pelaksanaan inisiatif yang digariskan,” katanya.

Tambahnya, kementerian juga akan terus meningkatkan kerjasama erat dengan ibu bapa dan penjaga bagi menyelesaikan isu itu, khususnya dalam memastikan pelajar membawa buku mengikut jadual masing-masing.

“Selain itu, sesi penglibatan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga akan dipertingkatkan,” katanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI