27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024
UtamaBerita UtamaTidak lagi fokus pada pengesanan kontak rapat, CDC alih perhatian pada kes...

Tidak lagi fokus pada pengesanan kontak rapat, CDC alih perhatian pada kes berisiko tinggi

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) A.S. tidak lagi disyorkan untuk melakukan penyiasatan ke atas kes Covid-19 atau mengesan kontak yang berkaitan wabak itu, sebaliknya mengatakan jabatan kesihatan itu hanya akan fokus kepada kes-kes berisiko tinggi yang tertentu sahaja.

Sebelum ini bekas pengarah CDC, Robert Redfield, ada memberitahu Kongres bahawa Amerika Syarikat memerlukan sebanyak 100,000 orang yang bekerja sebagai ‘pengesan kenalan’ untuk menjejaki penyebaran wabak Parti Komunis China (PKC), iaitu Covid-19.

Menurut CDC, pengesan kontak/kenalan dijangka dapat mengesan mana-mana individu yang disahkan positif dengan lebih cepat. Tidak hanya itu, pengesanan ke atas lokasi di mana mereka berada baru-baru ini berserta kontak rapat mereka juga akan lebih mudah untk dikesan. Notifikasi atau pemberitahuan akan dihantar kepada kontak rapat untuk tindakan susulan termasuk 14 hari kuarantin bagi mengelakkan wabak terus menular.

CDC kini menasihatkan jabatan kesihatan negeri dan tempatan supaya menumpukan pada “kumpulan yang berisiko tinggi,” seperti di pusat jagaan, penjara dan tempat perlindungan gelandangan.

Garis panduan terkini juga ada menyatakan bahawa penyiasatan kes harus ditumpukan pada kes dan kontak rapat yang terdedah dalam jangka masa lima hari terutama ke atas golongan yang berisiko tinggi seperti mereka yang mempunyai masalah kesihatan, wanita hamil dan golongan tua.

“Panduan yang dikemas kini adalah sebagai tindak balas kepada perubahan dalam sifat wabak dan peningkatan ketersediaan alat baharu untuk mencegah penularan dan mengurangkan penyakit,” kata jurucakap CDC, Kristen Nordlund pada 1 Mac, lapor The New York Times.

Data CDC terkini menunjukkan bahawa varian Omicron telah menjadi varian yang dominan di Amerika Syarikat sehingga menyebabkan lebih daripada 95 peratus jangkitan terutama semasa cuti Hari Presiden. Berbanding dengan varian lain, Omicron merebak dengan lebih mudah dan secara amnya menyebabkan gejala Covid-19 yang kurang teruk.

Kajian terbaru juga mencadangkan bahawa Omicron mungkin mempunyai tempoh inkubasi purata selama tiga hari, lebih pendek daripada mana-mana varian lain. Tempoh inkubasi ialah jarak masa antara apabila seseorang terdedah kepada virus dan apabila gejala mula muncul.

Kertas kerja yang diterbitkan pada Disember 2021 dalam Eurosurveillance, jurnal saintifik CDC Eropah, menerangkan bahawa varian Omicron mula tersebar dalam kalangan 80 pengunjung pesta di sebuah restoran di Norway. Kebanyakan individu tersebut telah diberi vaksin dan telah menerima keputusan ujian antigen negatif dalam masa dua hari sebelum menghadiri acara tersebut.

Gejala seperti demam mula ditunjukan kira-kira tiga hari selepas pesta. Penyelidik berkata ini boleh menunjukkan bahawa Omicron mampu membiak dengan cepat sehingga keputusan ujian antigen negatif tidak boleh diguna pakai.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI