30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaBerita UtamaGenerasi yang lahir selepas tahun 2005 bakal diperkenalkan akta baharu larangan merokok

Generasi yang lahir selepas tahun 2005 bakal diperkenalkan akta baharu larangan merokok

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Akta baharu akan diperkenalkan bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas tahun 2005.

Katanya lagi, pengenalan akta baharu itu akan dapat mengurangkan keterdedahan generasi akan datang terhadap rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama menyebabkan kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser.

“Dianggarkan kos untuk merawat penyakit kanser paru-paru akibat merokok adalah sebanyak RM 132.7 juta.”

“Bermakna jika anda berumur 17 tahun dan Parlimen meluluskan akta itu, anda tidak lagi dapat membeli sebatang rokok di negara ini.”

“Pelaksanaan (akta baharu) ini akan mengurangkan jumlah perokok baharu, seterusnya akan tiba satu masa, tiada lagi perokok di Malaysia,” katanya.

Kajian mendapati satu daripada lima (21.3%) penduduk berumur 15 tahun dan ke atas di negara ini adalah perokok.

Kajian terkini berhubung status kesihatan rakyat Malaysia menerusi laporan Malaysia 2020 kepada Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau telah memberi gambaran terhadap keseriusan isu budaya merokok dalam kalangan remaja di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 serta pelancaran buku National Strategic Plan for Cancer Control Programme (NSPCCP) 2021-2025 dan buku National Strategic Plan for Colorectal Cancer (NSPCRC) 2021-2025 di Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya pada 17 Februari lalu.

Sebelum ini, New Zealand telah mengumumkan pelan larangan merokok secara berkesan, dengan menaikkan secara progresif had umur dibenarkan untuk membeli produk tembakau.

Ia dilihat sebagai ikhtiar ‘pertama di dunia’ yang bakal menyaksikan golongan remaja tidak akan pernah dapat membeli rokok secara sah dari setahun ke setahun. New Zealand kini telah mengharamkan penjualan rokok kepada individu berumur bawah 18 tahun.

Menteri Kesihatan Bersekutu, Ayesha Verrall memaklumkan mulai 2027, had umur itu akan dinaikkan setiap tahun bagi memastikan golongan terbabit terus bebas daripada rokok.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI