33.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaBerita UtamaBangkok tukar nama secara rasmi menjadi Krung Thep Maha Nakhon

Bangkok tukar nama secara rasmi menjadi Krung Thep Maha Nakhon

BANGKOK: Pejabat Diraja Thailand (ORST) mengumumkan penukaran nama rasmi ibu negaranya, dari Bangkok menjadi Krung Thep Maha Nakhon. Bagaimanapun, nama Bangkok masih digunakan, lapor agensi berita Bangkok Post.

Kabinet pada Selasa meluluskan draf pengumuman Perdana Menteri berkenaan kemas kini nama negara-negara, wilayah, zon pentadbiran dan ibu negara, seperti yang disyorkan ORST.

Nama rasmi baharu, Krung Thep Maha Nakhon, masih belum diguna pakai selagi tidak diteliti jawatankuasa yang menguruskan semua draf undang-undang. Kabinet juga akan meminta panel jawatankuasa tersebut untuk mempertimbangkan pemerhatian lanjutan daripada Kementerian Luar.

Draf pengumuman ORST itu menyatakan Krung Thep Maha Nakhon akan menjadi nama rasmi bagi ibu negara Kerajaan Thailand. Bagaimanapun, nama Bangkok masih kekal sebagai sandaran rujukan.

Dalam pengumuman yang sama, ORST turut mengemas kini ejaan untuk merujuk kepada ibu negara Itali, Rom; ibu negara Myanmar dari Yangon ke Nay Pyi Taw; dan mengubah nama Nepal kepada Republik Persekutuan Demokratik Nepal.

Timbalan jurucakap kerajaan, Ratchda Dhanadirek pada Rabu memberitahu bahawa tidak banyak yang berubah apabila nama baharu itu diperkenalkan.

Nama Thai, Krung Thep Maha Nakhon, hanya akan digunakan sebagai nama dan urusan rasmi bandar raya itu, sementara nama Bangkok masih ditulis dalam kurungan sebagai rujukan.

Di laman Facebook ORST, juga dinyatakan bahawa kedua-dua nama itu – Krung Thep Maha Nakhon dan Bangkok, boleh digunakan. Penjelasan itu dibuat selepas pengumuman perubahan itu mengundang kritikan awam.

Nama Krung Thep Maha Nakhon, atau ‘Krung Thep’ adalah singkatan kepada nama sebenar Bangkok iaitu ‘Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit.’

Bangkok telah digunakan secara rasmi sejak November 2001 di bawah pengumuman ORST. Ia berasal dari kawasan lama Bangkok, yang kini merupakan sebahagian daripada wilayah metropolitan raya ibu negara, Bangkok Noi dan daerah Bangkok Yai. Berdasarkan sejarah, nama itu sudah diguna pakai sejak lama.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI