30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaEbit Lew mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan gangguan seksual

Ebit Lew mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan gangguan seksual

Pendakwah terkenal, Ebit Lew mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada 18 Februari.

Ebit, 37 tahun didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah Muhammad Ilmami Ahmad, yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azreen Yas Mohamad Ramli, manakala Ebit Lew diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Twitter

Majistret Nur Asyraf Zolhani menetapkan 20 April hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan secara tentatif ditetapkan pada bulan Jun.

Ebit Lew dibebaskan dengan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Terdahulu, Ebit yang kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal tiba di Mahkamah Litar Pejabat Daerah Tenom pada jam 9 pagi diiringi sekumpulan individu lain.

Polis turut dilihat mengawal perkarangan Pejabat Daerah Tenom semasa prosiding mahkamah dijalankan.

Twitter

Dalam perkembangan lain, Ebit Lew menyifatkan 11 pertuduhan yang dibawa ke atasnya sebagai tidak berasas dan melampau serta menganggap ia sebahagian daripada ujian terhadap dirinya.

Walaupun terkejut dengan tuduhan yang dikenakan, beliau reda dengan segala ujian itu.

“Saya tidak rasa apa-apa, saya tahu saya tidak bersalah dan yakin dengan perancangan ramai orang daripada dulu lagi yang cuba mengganggu kerja-kerja amal kami.”

“Saya reda dan anggap ini ujian Allah untuk saya. Saya rasa tenang melaluinya, kena pula ketika buat kerja amal,” kata Ebit Lew.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI