25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaBerita UtamaDataran Bagan Datuk dipenuhi sampah, jadi ‘mangsa’ tabiat individu tak bertanggungjawab

Dataran Bagan Datuk dipenuhi sampah, jadi ‘mangsa’ tabiat individu tak bertanggungjawab

Adalah menjadi tanggungjawab setiap daripada kita untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran, khasnya daripada pencemaran iaitu sampah.

Namun realiti sebenarnya, manusia masih lagi kurang kesedaran untuk menjaga kebersihan dan alam sekitar walaupun cara hidup kita sudah semakin maju mengikut peredaran masa.

Apatah lagi jika di kawasan tarikan pelancong, sudah semestinya ia perlu sentiasa dipelihara. Baru-baru ini, tular keadaan di Dataran Bagan Datuk, Perak yang begitu menyedihkan.

Ini kerana, sesetengah pengunjung difahamkan telah meninggalkan sisa sampah seperti cawan plastik, bekas makanan, beg plastik dan sebagainya, menjadikan lokasi itu kotor.

Menurut akaun Viral Perak di Facebook, sampah-sampah itu walau bagaimanapun akan diangkat oleh pekerja kontrak pembersihan. Namun ia mencerminkan sikap sebenar pengunjung.

“Sedih betul.. Buat tempat cantik-cantik tapi yang datang (yang buang sampah merata) adab tak berapa nak cantik”, tulis akaun berkenaan.

“Memanglah nanti pihak Majlis datang bersihkan tapi sikap tu jagalah sikit. Tong sampah bukannya tiada”.

Malah, akaun itu turut menambah bahawa dengan keadaan sampah sedemikian, maka ia akan membantutkan niat pengunjung lain untuk bergambar dengan mercu tanda tersebut.

Ternyata perkongsian itu membuatkan ramai pengguna Facebook yang lain menyuarakan kekesalan dan rasa tidak puas hati dengan tabiat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.

Berikut adalah beberapa komen yang ditulis :

“Nak tegur kang jadi gaduh..”

VIRAL PERAK/Facebook

Ada juga pengguna yang mencadangkan beberapa cara untuk menangani masalah ini :

VIRAL PERAK/Facebook

Betul apa yang dikatakan pengguna ini bukan?

VIRAL PERAK/Facebook

Semuanya bermula daripada diri kita sendiri, kita yang menentukan dan memutuskan tindakan apa yang kita lakukan. Justeru, jadilah individu yang bertanggungjawab.

Buanglah sampah ke tempat sepatutnya. Jika tiada tong sampah disediakan, simpan dahulu sehingga anda jumpa tong sampah.

Ya, ia sememangnya mudah dan tidak perlu diingatkan setiap masa. Namun yang mudah itulah sering diambil ringan oleh kebanyakan daripada kita.

Ayuh sama-sama kita berubah demi persekitaran yang bersih, malah turut jadi contoh ikutan generasi akan datang~

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI