30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita Utama“Tak kelakar langsung”, doktor veterinar selar tindakan peniaga jual merpati pelangi di...

“Tak kelakar langsung”, doktor veterinar selar tindakan peniaga jual merpati pelangi di Kelantan

Seorang peniaga di Kelantan tular apabila didapati menjual burung merpati berwarna pelangi, difahamkan burung itu telah disembur dengan semburan cat.

‘Keunikan’ burung merpati pelangi jualannya difahamkan telah membuka pintu rezeki berganda buatnya gara-gara ia mendapat tumpuan ramai.

Kata peniaga terbabit, idea untuk mengusahakan merpati pelangi itu muncul setelah perniagaannya kurang mendapat sambutan.

Tambahnya, bulu burung merpati lazimnya satu tona warna sahaja – putih, coklat atau hitam. Ia kelihatan biasa, sekaligus tidak menarik perhatian orang ramai.

Dalam pada itu, seorang doktor veterinar di laman Twitter menyuarakan kegusarannya atas tindakan penjual tersebut.

“Ianya tidak kelakar langsung. Merpati pelangi? Membuka ‘pintu rezeki’? Apa?”, tulis doktor itu yang menggunakan akaun @drimavet.

Tambahnya lagi, sebarang jenis bauan yang kuat (daripada semburan cat khasnya) adalah sangat merbahaya kepada spesies burung.

Dalam pada itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK) difahamkan akan turun ke lapangan untuk memberi khidmat nasihat kepada peniaga terbabit.

Timbalan Pengarahnya, Dr Syarifah Asiah Mohd Amin berkata pihaknya juga akan menyelidik terlebih dahulu isu mengecat burung yang mungkin memberi kesan kepada kebajikan haiwan itu.

“Perkara ini boleh dikaitkan dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722) iaitu pemilik perlu bertanggungjawab ke atas keperluan kebajikan haiwan masing-masing”.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk tidak melakukan perkara yang memberi kesan kepada kebajikan haiwan peliharaan, ataupun untuk dijual bagi mengelak berlakunya penganiayaan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI