27.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaInspirasiPeluk anjing berbulu gebu, budak 10 tahun di Rusia ini terselamat daripada...

Peluk anjing berbulu gebu, budak 10 tahun di Rusia ini terselamat daripada malam ribut salji

Sudah acap kali kita baca kisah insan berhati mula yang membantu haiwan yang kesusahan di laman media sosial bukan?

Namun jarang kali kita dengar betapa haiwan juga sebenarnya berhati mulia dan tahu benar masa yang tepat untuk mereka membantu manusia.

Baru-baru ini, seorang budak perempuan berusia 10 tahun di Rusia secara ajaibnya dijumpai terselamat daripada suhu sejuk ekstrim serta ribut salji.

Budak bernama Vika terbabit dijumpai oleh pihak polis dan sukarelawan dengan kesan fros, sambil memeluk seekor anjing terbiar yang gebu pada ketika itu.

Kata polis, Vika tersesat sejauh setengah batu dari rumahnya ketika dia pulang daripada sekolah di Uglegorsk, Sakhalin ketika suhu menjunam hingga -11◦C.

Vika dikhabarkan telah meninggalkan sekolahnya pada jam 1 petang dan dijumpai pada keesokan paginya iaitu pada jam 8:45 pagi, lebih kurang 18 jam!

Ribut salji menyebabkan salji turun sedalam lebih daripada 2 kaki, di mana ada sesetengah rumah di beberapa dipenuhi dengan salji pada tingkat bawah rumah masing-masing.

Vika difahamkan memeluk anjing terbabit dan berlindung di atas tilam yang diletakkan individu untuk kegunaan anjing terbiar di bawah balkoni rendah tatkala ribu saji melanda.

Kata Vika, dia memeluk anjing yang gebu untuk kekal hangat dalam kedinginan itu. Setelah dijumpai, Vika dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Mujurlah keadaannya baik dan dia hanya mengalami radang sejuk (fros) ringan. “Dia dijumpai berlindung di bawah balkoni dengan seekor anjing”, kata seorang anggota polis, Olesya Voznyuk.

“Vika begitu sukakan haiwan. Dia kerap dilihat bermain dengan anjing di sini. Dia singgah di sini untuk memberi anjing makan, namun terperangkap apabila ribut salji, angin kuat melanda”.

Dalam pada itu, pihak berkuasa mahu memberikan penghargaan buat anjing itu namun anjing tersebut tidak dapat ditemui buat masa ini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI