25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaBerita UtamaMural bawah tanah yang menakjubkan berusia ratusan tahun ditemui di wilayah Shanxi,...

Mural bawah tanah yang menakjubkan berusia ratusan tahun ditemui di wilayah Shanxi, China

Sehingga hari ini masih banyak khazanah dunia yang masih tersimpan di dalam bumi. Saban ketika ada sahaja penemuan-penemuan bersejarah yang mengagumkan ditemui di seluruh pelosok dunia. Setiap penemuan pastinya mempunyai kisah serta sejarahnya yang tersendiri dan pastinya apa sahaja yang ditemui ialah sesuatu yang sangat penting dan berharga buat peradaban dunia.

Tahun lalu, dunia sekali lagi menyaksikan sebuah penemuan khazanah yang cukup luar biasa ditemukan dan kali ini ia berlaku di China.

Apa yang ditemukan adalah sebuah tapak di mana terdapat beberapa buah bilik yang kelihatan seperti makam sebuah keluarga kerana bentuknya yang sama. Apa yang lebih menarik terdapat lukisan mural yang cantik dan masih elok dan selepas diteliti pakar mendapati bahawa makam dan mural tersebut mungkin dibina sejak ratusan tahun yang lalu.

Mural pada makam tersebut dilihat masih baik dan terpelihara. Ia memaparkan garis-garis yang sangat terperinci, memiliki warna yang terang yang memenuhi ciri-ciri lukisan semasa zaman purba di China.

Menurut berita tempatan Xinhua, Makam itu ditemui di wilayah Shanxi di tengah China dan kawasan itu ditemui semasa pembinaan jalan raya pada 2021.

Tiga bilik pengebumian itu dipercayai mula dibina sejak zaman dinasti Ming (1368-1644). Walaupun dua daripada bilik itu masih terpelihara dengan baik terdapat satu bumbung yang telah runtuh sehingga meninggalkan hanya sebahagian daripada mural.

Kedua-dua makam yang terpelihara dengan baik adalah serupa antara satu sama lain, dengan imej bunga, matahari, bulan, burung dan lain-lain imej.

Dalam satu gambar, kita dapat melihat dua adegan yang kelihatan menunjukkan seorang lelaki sedang berdiri di sebelah pokok yang dicat dengan gaya masyarakat China kuno.

Struktur dan persamaan menunjukkan bahawa bilik itu adalah makam keluarga, dan ahli arkeologi juga menemui bangunan istiadat di tapak tersebut. Para saintis juga menemui syiling tembaga, cermin tembaga dan seramik.

Menurut media yang terlibat ahli arkeologi China memulakan 2022 dengan mengumumkan penemuan beberapa makam di wilayah Henan di tengah China yang bermula pada Zaman Negari-negari Berperang (Warring States Period) iaitu pada 475-221 SM.

Makam tersebut dipercayai merupakan sebahagian daripada tanah perkuburan kerana ia tersusun rapi. Ahli arkeologi telah menggali 100 makam dan menemui lonceng emas yang dianggap sangat menarik.

Antara penemuan lain ialah ‘Thirteen Tombs’ yang dibina pada dinasti Ming, iaitu makam paling terkenal dari era itu yang merupakan tempat berehat bagi banyak maharaja dari dinasti itu. Kesemua itu terletak di pinggir bandar berhampiran Beijing.

Tempat itu dipercayai dipilih oleh Maharaja Yongle yang memerintah dari tahun 1402-1424 dan terkenal dengan kekejamannya dalam mengejar kuasa dan kemuliaan. Antara binaan yang paling terkenal ketika zaman pemerintahannya ialah Forbidden City (Kota Larangan) yang siap dibina pada tahun 1420.

Lembah ‘Thirteen Tombs’ dikatakan mempunyai feng shui yang baik dan Maharaja Yongle telah membina sebuah makam di kawasan itu, yang terletak betul-betul di kaki banjaran gunung Jondu.

Sebagai tempat peristirahatan maharaja, makam-makam itu dipelihara baik dengan menampilkan seni bina zaman Ming. Objek lain yang turut dipelihara ialah seperti patung-patung, artifak seperti mahkota emas, barang kemas dan barangan harian maharaja, seperti bekas wain yang diperbuat daripada emas.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI