26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGlobalSeekor tupai cederakan 18 orang dalam masa 2 hari di UK

Seekor tupai cederakan 18 orang dalam masa 2 hari di UK

Lazimnya kita gentar dengan haiwan liar dan berbisa namun baru-baru ini di Buckley, Flintshire, seekor tupai telah menyerang dan mencederakan 18 orang.

Tupai berwarna kelabu, yang diberi gelaran ‘Stripe’ (sempena watak ganas dalam filem Gremlins) itu walau bagaimanapun sudah ditangkap.

Ia dipercayai telah menyerang berbelas individu pada minggu sebelumnya dalam tempoh 2 hari. Stripe kerap muncul di rumah seorang penduduk di sana, Corrine Reynolds.

“Selama beberapa bulan sebelum ini, Stripe baik sahaja. Dia akan datang dan mengambil kacang pada tangan saya”.

Namun minggu lalu, Stripe menggigit jarinya ketika memberi makan. Corrine turut melihat beberapa insiden serangan Stripe pada penduduk berdekatan di laman Facebook komunitinya.

“Selepas saya melihat beberapa foto kecederaan yang dialami penduduk, saya tertanya-tanya mengapakah Stripe bertindak sedemikian”?

“Selepas saya melihat beberapa foto kecederaan yang dialami penduduk, saya tertanya-tanya mengapakah Stripe bertindak sedemikian”?

Berhubung dengan keadaan itu, Corrine berasakan bahawa dia patut melakukan sesuatu. “Oleh kerana saya mengenali Stripe, saya rasa agak mudah untuk saya menangkapnya”.

Corrine meletakkan perangkap di kawasan yang sering dia memberi makan kepada tupai tersebut. Dalam masa 20 minit, Stripe masuk ke dalam perangkap.

“Saya rasa seperti dirinya mempercayai saya namun saya mengkhianatinya”, kata wanita itu yang sering merawat dan menjaga burung yang cedera.

“Saya tahu saya melakukan tindakan yang tepat. Saya ada seorang cucu berusia 2 tahun dan dia juga menjadi mangsa Stripe setelah jarinya digigit”.

Seorang wanita lain turut menjadi mangsa serangan Stripe ketika dia sedang berbasikal. Malah ada juga yang menerima nasib sama turut digigit sehingga sudah disuntik dengan vaksin tetanus.

Stripe malangnya perlu ditidurkan memandangkan undang-undang yang digubal pada tahun 2019 melarang pelepasan semula tupai kelabu ke alam liar.

“Kami menggesa orang ramai agar tidak memerangkap tupai jenis ini kerana melepaskannya ke alam liar kini dilarang dan satu-satunya pilihan ialah menidurkan mereka”, kata wakil pihak berkuasa.

“Kami tidak bersetuju dengan undang-undang ini namun kami tiada pilihan lain selain mematuhinya”.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI