34.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaBerita UtamaPenjaga gol skuad kebangsaan, Nurul Azurin lebarkan sayap ke India dalam Liga...

Penjaga gol skuad kebangsaan, Nurul Azurin lebarkan sayap ke India dalam Liga Wanita Karnataka

Bola sepak merupakan sukan yang paling popular di seluruh dunia dan majoritinya dipelopori oleh golongan lelaki. Meskipun begitu, suka bola sepak kini turut melibatkan kaum wanita dan tidak lagi terhadap kepada golongan lelaki sahaja.

Baru-baru ini, penjaga gol bola sepak wanita kebangsaan iaitu Nurul Azurin Mazlan telah menjadi buah mulut orang ramai di media sosial yang memuji penampilannya. Azurin menjadi perhatian disebabkan oleh penampilannya yang bertudung langsung tidak dijadikan sebagai halangan untuknya menceburi bidang sukan ini.

Slain Azurin, rakannya yang juga pemain tengah wanita negara iaitu Lyana Soberi juga merupakan oemain yang menutup aurat dalam pasukan kebangsaan, “Malayan Tigress”.

Terbaru, Azurin dilihat tampil dengan cemerlang pada penampilan pertamanya bersama Misaka United apabila beliau berjaya mengakhiri perlawanan di Liga Wanita Karnataka di India tanpa dibolosi sebarang gol. Pencapaian ini membuktikan keputusan Misaka United menjadikan Azurin dalam kesebelasan utama adalah keputusan yang tepat sekaligus membolehkan gadis muda berusia 21 tahun ini mengembangkan karier bola sepaknya di luar negara.

Pada aksi Liga Wanita Karnataka itu, Misaka United di bawah bimbingan Antony Dias berjaya meraih kemenangan 4-0 ke atas Bengaluru Braves. Hal ini merupakan kemenangan ketiga secara berturut-turut buat pasukan Misaka United setelah berjaya mengalahkan Slamzers Belgaum 4-0 dan 1-0 ke atas Maatru Pratishtana. 

Ketika ditanya mengenai perbezaan bermain di Malaysia dengan India, Azurin menyatakan tidak banyak perbezaan dari segi corak latihan kecuali faktor cuaca sejuk yang boleh mencecah 14 darjah Celcius. 

Sebelum ini, Azurin pernah bersama skuad kebangsaan daripada pelbagai lapisan umur bermula di bawah 12 tahun sehingga beliau menyertai skuad senior pada Kelayakan Piala Asia Wanita di Palestin. Beliau juga pernah dua kali dinobatkan sebagai Pemain Wanita Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) iaitu pada tahun 2015 dan 2018.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI