26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBerita UtamaMySejahtera perkenal 'MySJ Trace' kesan kontak rapat, Tiada lagi 'check-out' - Khairy

MySejahtera perkenal ‘MySJ Trace’ kesan kontak rapat, Tiada lagi ‘check-out’ – Khairy

KUALA LUMPUR- Aplikasi MySejahtera kini memperkenalkan ciri Bluetooth baharu yang akan membolehkan pengesanan kontak rapat kes positif Covid-19 dengan lebih tepat.

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin, pada hari Ahad, 26 Disember lalu telah memuat naik status di Twitter miliknya dengan memberitahu bahawa terdapat ciri baharu yang dikenali sebagai ‘MySJ Trace’. Ciri tersebut akan memberi maklumat secara langsung mengenai bilangan interaksi pengguna dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

“Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan,” katanya.

“Semua data interaksi adalah ‘anonymised’ (tidak mendedahkan nama). Ciri baharu ini sangat digalakkan apabila ke tempat awam atau ‘setting indoor’. Ciri ‘checkout’ tidak lagi di pakai,” tambahnya lagi.

Pengguna MySejahtera walau bagaimanapun perlu memberikan kebenaran terlebih dahulu kepada aplikasi untuk menggunakan ciri baharu tersebut.

Menurut The Edge, KKM berkata MySJ Trace menggunakan sistem Unique User ID (UUID) yang tidak mengumpul maklumat pengguna atau lokasi mereka.

“Data ini hanya boleh diakses oleh KKM dan disimpan pada peranti pengguna untuk tempoh 14 hari,” kementerian memberi jaminan.

“Secara keseluruhannya, proses pengesanan kenalan dan penyimpanan data juga selamat dan kerahsiaannya dijamin oleh kerajaan.”

Khairy menambah orang ramai amat digalakkan untuk mengaktifkan ciri baharu itu, terutamanya apabila pergi ke tempat awam yang tertutup.

Khairy juga ada memaklumkan bahawa ciri terbaharu itu sudah boleh dikemas kini di Huawei manakala penyenaraian kemas kini berkenaan pada Google dan Apple masih sedang dalam status menunggu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI