26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGaya HidupCipta robot untuk membantunya menggoreng nasi lepas tangan tercedera, jualan nasi goreng...

Cipta robot untuk membantunya menggoreng nasi lepas tangan tercedera, jualan nasi goreng penjaja di Indonesia ini semakin laris

Seorang penjaja makanan dari Jawa Timur, Indonesia menjadi tular selepas ciptaan geniusnya telah dipertontonkan di TikTok, iaitu robot yang membantunya menggoreng nasi.

Seorang pengguna TikTok @revan.z22 berkongsi klip video seorang peniaga jalanan yang menyediakan hidangan nasi goreng pada waktu malam, menggunakan satu elemen memasak unik yang semua orang ingin tahu iaitu dia telah dibantu oleh robot.

TikTok

Dengan hanya boleh menggunakan sebelah tangan, penjaja itu memegang sudip dan memutar kuali manakala robot itu membantunya mengacau nasi dan bahan-bahan nasi goreng menjadi sebati.

Pengguna TikTok dikenali sebagai M. Soleh merupakan salah seorang pelanggan tetap gerai nasi goreng ini telah berkongsi video yang mula mendapat perhatian warganet pada 8 Oktober, dan sejak itu menjadi tular dengan lebih 1.9 juta tontonan dan 88,200 yang suka.

Merdeka

Selepas mendapat perhatian kerana robot pintarnya, penjaja yang hanya dikenali sebagai Hatardi menjelaskan dia telah menjual makanan di sepanjang jalan di Malang bersama isterinya selama beberapa tahun, sebelum dirinya telah terlibat dalam kemalangan yang menjejaskan penggunaan tangan kirinya sejak tiga tahun lalu.

Sudah tentu, Hatardi menjadi sangat bimbang kerana mata pencarian dan periuk nasinya terjejas, jadi selepas itu dia berazam untuk mencari jalan dalam menyelesaikan dilema yang dihadapi.

TikTok

Dia akhirnya mendapat idea untuk membina sebuah mesin yang menyerupai lengan logam yang terdapat bilah untuk mengacau, yang dilekatkan pada hujung bahagian tengah yang berputar, dan meletakkannya di atas kuali.

Untuk menggunakan mesin ini, apa yang Hatardi diperlukan hanyalah menambah bahan-bahan masakan ke dalam kuali dengan langkah demi langkah dan membiarkan bilah itu untuk mencampur dan mengacau segala bahan menjadi hidangan nasi goreng.

Setelah memperkenalkan robot pintar pengacau nasi goreng, Hatardi mendedahkan ciptaannya telah membantunya mengembangkan perniagaannya menjadi lebih kukuh berbanding sebelumnya.

TikTok

Selain menjadi alat yang membantu menggoreng nasi dengan cekap, mesin itu juga membolehkan dia menggoreng lebih banyak hidangan dalam satu masa – jika dahulu enam hingga tujuh hidangan pada satu masa, mesin itu kini membolehkan dia menggoreng sehingga 10 hidangan nasi goreng sekali gus.

Selain itu, mesin itu memberinya kelebihan yang berbeza iaitu kesan pengaruh video tular yang telah menarik lebih ramai pelanggan datang ke gerainya hanya untuk melihat ciptaan itu, dan merasa sendiri nasi goreng yang dimasak oleh robot.

Merdeka

“Saya rasa ini kali pertama di Malang ada orang menjual nasi goreng menggunakan robot, sebab itu saya tertarik untuk datang,” kata seorang pelanggan sambil menunggu makanannya.

“Saya ingin tahu, ia kelihatan menyeronokkan dan kreatif, dan saya hanya mahu melihat bagaimana rasanya. Saya pasti rasanya sedap,” tambah seorang pelanggan.

Di sebalik populariti gerai nasi gorengnya yang menggunakan robot, Hatardi terus menjual nasi goreng yang lazat pada harga yang sama iaitu antara RM3.00 hingga RM4.00.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI