31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
UtamaGlobalKesatuan Guru New York menang tuntutan tolak mandat vaksin COVID-19 untuk guru...

Kesatuan Guru New York menang tuntutan tolak mandat vaksin COVID-19 untuk guru dengan pengecualian keadaan kesihatan atau agama

Kesatuan guru terbesar di New York memenangi tuntutannya untuk mengekalkan guru dan pendidik untuk terus bekerja sekiranya mereka menderita dengan masalah kesihatan atau keadaan perubatan tertentu dan tidak bersetuju untuk mematuhi mandat vaksin COVID-19 yang ditetapkan di New York.

Penimbang tara memutuskan pada Jumaat, 10 September bahawa guru yang menderita dengan masalah kesihatan atau keaadaan perubatan yang didokumenkan mesti ditawarkan untuk terus bertugas di luar bilik darjah dan dikekalkan dalam daftar gaji New York.

Pendidik lain yang ingin menolak untuk divaksinasi dengan alasan kesihatan atau agama yang disahkan mesti ditawarkan cuti tanpa gaji yang memberi perlindungan kesihatan atau pakej cuti.

Para guru di Sekolah Yung Wing di P.S 124, New York sedang melakukan persiapan menjelang pembukaan semula sesi persekolahan. (Gambar oleh Michael Loccisano/Getty Images)

Pegawai New York mengumumkan pada bulan lalu bahawa kesemua 148,000 pekerja Jabatan Pendidikan perlu melengkapkan vaksinasi COVID-19, dengan pengecualian terhad.

New York merancang untuk mengeluarkan guru yang diberi pengecualian dari daftar gaji, yang menimbulkan kemarahan Persatuan Guru Persekutuan (UFT), kesatuan guru terbesar di bandar ini.

“Itu hanya untuk kita,” kata Michael Mulgrew, presiden persatuan dalam kenyataannya di New York.

Tindakan itu telah mendorong penolakan semula, yang akhirnya membawa kepada keputusan timbang tara, malahan Datuk Bandar New York, Bill de Blasio nampaknya secara terbuka menukar pendiriannya dalam satu sidang media pada hari Rabu, 8 September.

Datuk Bandar De Blasio berkata beberapa kes pengecualian perubatan atau agama yang diberikan adalah dijangkakan, “tetapi mereka akan dihormati” sekiranya ia diluluskan.

“Golongan ini akan terus bekerja bersama kami dalam beberapa kapasiti, di beberapa lokasi. Kami perlu menyelesaikannya,” tambahnya dengan merujuk kepada keputusan timbang tara.

Mulgrew menyatakan penolakan dari kesatuan guru yang membawa kepada keputusan semula timbang tara itu.

“Setelah tuntutan kami untuk timbang tara bebas, bandar ini berpatah balik daripada pendirian awal bahawa semua kakitangan yang tidak divaksinasi dikeluarkan dari daftar gaji, dan akan menawarkan pekerjaan di luar kelas bagi mereka yang mempunyai keadaan kesihatan atau syarat lain yang disahkan,” katanya dalam satu kenyataan selepas keputusan penimbang tara dikeluarkan.

Presiden UFT, Micheal Mulgrew ketika di Manhattan, New York pada 31 Oktober, 2013 (Gambar oleh Petr Svab/Epoch Times)

Guru dan pendidik dengan “kontraindikasi” yang didokumentasi seperti mana ditetapkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, untuk vaksin kini boleh menolak untuk mematuhi mandat, dan akan ditugaskan untuk bekerja di luar bilik darjah.

Pengecualian sementara juga akan diberikan sekiranya seseorang itu telah menerima rawatan antibodi monoklonal dalam jangka masa 90 hari sebelumnya, sedang dirawat dalam keadaan menurut garis panduan CDC, atau mengalami radang jantung, suatu keadaan yang dikesan ke atas beberapa individu setelah mereka menerima vaksin.

Pengecualian keagamaan juga perlu dibenarkan, tetapi tidak sekiranya pemimpin kelompok agama secara terbuka mengeluarkan kenyataan memihak ke atas vaksin tersebut, dan ia tidak dibenarkan sekiranya permohonan itu dianggap “bersifat peribadi, politik, atau berfalsafah.”

Mandat vaksin di New York berkuatkuasa bermula 27 September.

Lebih 80 peratus guru di metropolitan ini telah divaksinasi, menurut UFT. Canselor Sekolah Meisha Porter memberi angka sehingga 72 peratus pada 8 September.

“Mandat vaksin dilaksanakan demi meletakkan kepentingan kesihatan dan keselamatan anak-anak kami, dan perlindungan pekerja kami. Kami gembira dengan keputusan timbang tara yang mengikat telah dikeluarkan sebelum hari pertama sesi persekolahan dan kami akan segera melaksanakan segala terma,” kata Meisha Porter kepada NBC New York dalam satu kenyataan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI