31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaGabungan polis dan bomba Oregon saman Gabenor ekoran pelaksanaan mandat vaksin COVID-19

Gabungan polis dan bomba Oregon saman Gabenor ekoran pelaksanaan mandat vaksin COVID-19

Gabungan pegawai polis dan bomba negeri Oregon telah memfailkan tuntutan saman terhadap Gabenor Kate Brown atas pelaksanaan mandat mewajibkan penerimaan vaksin COVID-19 untuk kakitangan negeri.

Plaintif dalam tuntutan termasuk Oregon Fraternal Order of Police dan Kingsley Firefighters Association yang berhujah dalam tuntutan mahkamah yang difailkan pada 3 September di Mahkamah Jefferson County bahawa perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Gabenor Kate Brown telah melanggar beberapa peruntukan undang-undang dan mahu ia disekat.

“Plaintif meminta perintah yang menyatakan EO No. 21-29 tidak dapat dilaksanakan kerana ia bercanggah dengan peruntukan statut dan perundangan Oregon, akan akibat peruntukan ‘common law’ secara salah memecat plaintif, yang mana berkonflik dengan jaminan Perlembagaan Oregon yang bebas, dan berkonflik dengan Perlembagaan Amerika Syarikat yang memberi jaminan perlindungan saksama, amalan secara bebas, dan proses sewajarnya,” jelas aduan berkenaan.

Gabenor Oregon, Kate Brown (Gambar oleh Josh Edelson/AFP/Getty Images)

Gabenor Kate Brown mengeluarkan perintah eksekutif pada 13 Ogos yang mengenakan syarat wajib vaksin kepada semua kakitangan dan pegawai eksekutif negeri Oregon. Dalam perintah itu, Brown mengatakan sehingga kini, kira-kira 70 peratus pegawai dan eksekutif cawangan negeri telah mengambil vaksin secara sukarela, dalam gesaan negeri itu menggiatkan usaha seperti mengatur klinik vaksin setempat dan pemberian insentif kewangan.

Dengan memetik kenaikan kes jangkitan COVID-19 dalam negara sambil menyatakan kedua-dua majikan sektor awam dan swasta di seluruh Amerika Syarikat telah memberi mandat, Brown menegaskan sudah tiba waktu langkah-langkah lebih sukar dilaksanakan di Oregon.

“Dengan varian Delta mengganas di Oregon, juga kemampuan negeri untuk memanggil individu kembali bekerja dengan sepenuhnya tetapi terus terhambat dengan risiko COVID-19, setelah menerapkan beberapa insentif yang bertujuan untuk mencapai pematuhan secara sukarela, dan dengan kelulusan penuh oleh FDA dalam pemberian vaksin COVID-19 yang dijangkakan dapat dicapai dalam beberapa minggu, sudah tiba masanya pegawai negeri yang berbaki dan mereka yang bekerja bersama kerajaan negeri untuk mendapatkan vaksin,” kenyataannya dalam perintah itu.

Sepuluh hari selepas perintah Brown, FDA memberi kelulusan pengaturan penuh untuk pemberian vaksin Pfizer-BioNTech bagi COVID-19 di Oregon.

Perintah itu memberi masa kepada kakitangan negeri Oregon sehingga 18 Oktober untuk mengemukakan bukti vaksinasi atau berhadapan akibat yang mungkin termasuk pemecatan.

Plaintif berhujah dalam aduan mereka bahawa penguatkuasaan perintah akan mengakibatkan pemecatan secara salah, dan mereka memohon mahkamah untuk mengisytiharkan bahawa perintah adalah tidak sah dan pelaksanaannya perlu disekat.

“Plaintif secara individu adalah kakitangan kerajaan cawangan eksekutif… yang ingin menguruskan kawalan perubatan mereka sendiri dan telah dipaksa untuk memilih antara hak dan kebebasan mereka sebagai warganegara di satu pihak dan pekerjaan, kerjaya, masa hadapan kewangan mereka di sisi lain,” jelas aduan itu.

Jurucakap Gabenor Kate Brown, Liz Merah mempertahankan perintah eksekutif itu dalam satu kenyataan kepada The Associated Press.

“Memandang berat seriusnya situasi, syarat pemberian vaksin oleh majikan kini menjadi alat terpenting, dan kerajaan negeri perlu berperanan. Amat kritikal untuk melindungi kakitangan negeri, tempat kerja, dan kemudahan awam, serta orang awam secara keseluruhan yang menggunakan perkhidmatan negeri,” katanya dalam kenyataan itu.

Tuntutan saman berkenaan difailkan ketika Oregon menghadapi peningkatan mendadak jangkitan COVID-19 dalam beberapa minggu terakhir, dengan dalam masa tujuh hari, sebanyak 2,222 kes positif dilaporkan pada 2 September, berbanding kurang 500 kes pada pertengahan Julai, menurut pihak berkuasa kesihatan negeri.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI