Ketika kita saban hari menerima berita semakin ramai golongan memerlukan dan terkesan dengan pandemik COVID-19, MYDIN Holding Berhad atau kumpulan pasaraya Mydin melancarkan pembelian barangan keperluan dan makanan harian dalam talian dengan kotak kombo harga permulaan serendah RM30.
Menerusi platform dalam talian MYDIN Online dengan kerjasama Shopee, Mydin melancarkan pembelian kotak makanan dan keperluan harian dengan pilihan kotak kombo untuk perbelanjaan menjimatkan seperti berikut:
Kotak Kombo KitaJagaKita ( 9 item ) berharga RM30.00

Kotak Kombo Duduk Rumah ( 12 item ) berharga RM50.00

Kotak Kombo Lindungi Diri ( 14 item ) berharga RM80.00

Kotak Kombo Permai atau Norma Baharu ( 17 item ) berharga RM100.00

Pembelian dalam talian rasmi MYDIN Shopee, sila lihat pautan di sini.
Perkara menarik yang Mydin buat untuk membantu semua pelanggannya dan golongan memerlukan.
Sekiranya anda sendiri mahu berjimat atau rasa terpanggil untuk membantu saudara-mara, jiran atau rakan yang memerlukan sebelum mereka mengibarkan bendera putih, anda boleh membuat pembelian dalam talian ini di MYDIN Online dan Shopee, dan hantarkan ke alamat rumah mereka.
Penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM40.00 dan ke atas, untuk kotak kombo Duduk Rumah yang mendapat sambutan hangat.

Juga jangan lupa klik baucer penghantaran percuma untuk mendapat kos penghantaran lebih murah di Shopee.
Perlu diingat kuantiti untuk kombo yang ditawarkan ini adalah terhad setiap hari, sementara stok masih ada.