24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 6, 2024
UtamaGlobalNyalaan lampu LED tanda Taiwan memperingati ulang tahun ke-32 Tragedi 4 Jun...

Nyalaan lampu LED tanda Taiwan memperingati ulang tahun ke-32 Tragedi 4 Jun walaupun ketika pandemik

Ketika ulang tahun ke-32 Tragedi 4 Jun menjelang tiba, kerajaan Hong Kong melarang warga Hong Kong daripada mengadakan perarakan ‘4 Jun’ dengan alasan pencegahan pandemik dan acara itu termasuk di ‘Dewan Peringatan 4 Jun’, yang dibuka semula selama tiga hari, telah diarah tutup.

Taiwan sebaliknya mengadakan zon rentas waktu, dengan mengadakan acara peringatan dan berkabung dalam talian selama 24 jam dan simposium walaupun ketika pandemik, dengan menyalakan lampu LED di Liberty Square, Taipei pada petang 3 Jun.

27 badan bukan kerajaan, termasuk Kolej Demokrasi Cina dan Pertubuhan Hak Asasi Manusia Taiwan, telah bersama-sama memulakan beberapa siri aktiviti sempena ulang tahun ke-32 mengenang Gerakan 4 Jun. Siri pertama pada 2 Jun telah disertai oleh Wu Renhua, seorang sarjana dokumentari dan salah seorang pelajar dalam gerakan demokrasi 1989. Beliau mengingati gerakan demokrasi pelajar yang bermula dengan acara berkabung untuk Hu Yaobang pada 17 April 1989.

Gambar oleh Chinese Democracy College

Wu Renhua berkata dalam perjalanan dari Daerah Haidian, di mana pelajar kolej dan universiti berkumpul untuk ke Dataran Tiananmen, pihak berkuasa Beijing menyusun lebih daripada sedozen barisan penghadang. Sebilangan besar pegawai tentera dan polis membentuk tembok manusia yang berpegangan tangan untuk menyekat kemaraan kumpulan pelajar. 

Tanpa menyangka, demonstrasi pelajar pada hari itu mendapat sokongan padu lebih satu juta orang daripada semua lapisan masyarakat di Beijing.

Zeng Jianyuan, yang merupakan Pengerusi Kolej Demokrasi Cina, berkata Hong Kong tidak dapat mengadakan perarakan memperingati tragedi dan upacara berkabung selama dua tahun berturut-turut, menjadikan upacara berkabung secara dalam talian di Taiwan pada tahun ini sangat bermakna.

Zeng Jianyuan berkata Hong Kong dan Taiwan pernah mengadakan acara memperingati Tragedi 4 Jun secara serentak kerana kedua-dua negara tersebut berhadapan dengan perkembangan campur tangan pentadbiran oleh rejim totalitarian Parti Komunis China, dan Hong Kong mengadakan barisan pertahanan mengekalkan demokrasi pertama untuk Taiwan dan dunia. 

Tetapi kini barisan pertahanan ini telah jatuh. Perang kesedaran dan memperingati Gerakan 4 Jun adalah kubu terakhir di dunia yang kini berada di Taiwan.

Gambar oleh Chinese Democracy College

Tahun lalu, kerajaan Hong Kong menyekat aktiviti memperingati ‘4 Jun’ dengan alasan pencegahan pandemik, tetapi puluhan ribu orang masih berkumpul di Victoria Park. Namun, setelah pelaksanaan ‘Undang-undang Keselamatan Negara versi Hong Kong’, malahan seorang nenek dikenali dengan nama Wang, yang menyertai perarakan dan perhimpunan turut ditahan pada 30 Mei lalu, tindakan pihak berkuasa yang agak memalukan.

Pada malam 3 Jun, di bawah amaran pandemik tahap tiga yang teruk, pertubuhan dan agensi swasta di Taiwan telah menyalakan lampu LED di Liberty Square, Taipei. Walaupun kali ini ia tidak disertai dengan jambangan bunga, cahaya lilin, dan lagu seperti tahun-tahun sebelumnya, upacara memperingati 4 Jun tetap dijalankan dalam malam yang sunyi dan tenang itu tanpa kehadiran orang ramai. 

Cahaya lampu LED tersebut yang memancarkan tanda ulang tahun ke-32 4 Jun 1989 sangat terang, melambangkan bahawa upacara berkabung memperingati ‘4 Jun’ terus berlangsung di Taiwan dan tidak pernah dilupakan.

Gambar oleh Chinese Democracy College

Zeng Jianyuan memaklumkan dalam sidang video memperingati 4 Jun pada tahun ini telah dihoskan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mengundang peserta dari pelbagai negara. 

Oleh kerana zon waktu yang berbeza, upacara peringatan akan berlangsung selama 24 hingga 36 jam. Penggubal undang-undang Taiwan, Yuan You Xikun, juga menyertai sidang video buat pertama kali, melambangkan pendapat umum mewakili peringkat tertinggi dari Taiwan, juga menyatakan komitmen mereka terhadap aktiviti memperingati peristiwa 4 Jun 1989.

Beberapa siri acara dalam talian itu juga merangkumi persembahan oleh Wu Renhua, Wuer Kaixi, artis luar negara Badiucao, peguam hak asasi manusia kelahiran China, Chen Jiangang, Presiden Penggubal Undang-Undang Taiwan, You Xikun, penggubal undang-undang Lin Changzuo dan Qiu Xianzhi, serta Ahli Majlis Perbandaran Taipei Huang Yufen, Miao Boya, Lin Yingmeng dan lain- lain yang dijemput menjadi panel dan menyatakan pendapat mereka. 

PSM

Malam peringatan dalam talian juga dihubungkan dengan NGO ‘Humane China’ yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Zeng Jianyuan berharap melalui sidang video memperingati Tragedi 4 Jun yang merentasi sempadan, masa, ruang dan generasi, dapat menarik perhatian lebih ramai golongan muda untuk melihat kezaliman yang dibawa oleh Parti Komunis China. Tuntutan demokrasi untuk mendapatkan keadilan atas kekejaman PKC yang menindas serta membunuh ribuan pelajar dan orang awam dalam tragedi berdarah 4 Jun 1989.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI