25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaNasionalTindakan pantas pasukan keselamatan Sabah tumpaskan kumpulan pengganas Abu Sayyaf terima pujian...

Tindakan pantas pasukan keselamatan Sabah tumpaskan kumpulan pengganas Abu Sayyaf terima pujian awam

Tindakan pantas pasukan keselamatan menumpaskan kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang bersembunyi di kawasan penempatan setinggan paya bakau Taman Sri Arjuna di pada 17 Mei lalu menerima pujian dan amat melegakan penduduk di daerah Beaufort, Sabah.

Seorang penduduk Mohd Hairol Jais, 33 tahun tidak menyangka belakang kawasan perumahan itu menjadi tempat persembunyian pengganas yang dikehendaki.

Katanya, pada hari kejadian dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan terdengar bunyi letupan tetapi menganggapnya hanya bunyi mercun.

Paparan Skrin / Twitter

“Sekarang Hari Raya jadi saya ingat bunyi mercun saja, tetapi selepas itu saya nampak ramai polis datang dan tular berita pasal kes tembakan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Hairol berkata, dia menunggu berita pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai kejadian berkenaan dan berasa lega apabila individu yang dikehendaki pihak berkuasa itu berjaya ditumpaskan.

Seorang lagi penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Kamaliah, 40-an tidak menyangka kawasan itu menjadi tempat persembunyian individu yang berbahaya malah dikehendaki oleh negara jiran dan turut memuji tindakan pantas anggota keselamatan tersebut.

Paparan Skrin / Twitter

“Saya hanya tahu berita itu melalui media semalam dan timbul juga rasa takut serta bimbang akan keadaan keselamatan di sini, tetapi tindakan pantas pasukan keselamatan menghapuskan kumpulan pengganas itu memang amat melegakan kami,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati kawasan berkenaan terlindung dari penglihatan orang ramai kerana perlu melalui kawasan perumahan sebelum memasuki laluan berbukit tanah merah setinggi kira-kira 150 meter.

Dari atas laluan berbukit itu, untuk masuk ke kawasan setinggan itu terdapat lagi laluan denai di tepi bukit sejauh kira-kira 200 meter dari jalan raya sebelum sampai ke lokasi kejadian dan di situ terdapat beberapa rumah kayu usang dibina berhampiran antara satu sama lain yang dikelilingi hutan.

Paparan Skrin / Twitter

Sementara itu Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata pihak polis akan bekerjasama dengan Majlis Daerah Beaufort untuk merobohkan kawasan penempatan setinggan berkenaan.

“Ia bagi memastikan kawasan itu tidak lagi menjadi pusat penempatan haram oleh pendatang asing tanpa izin,” katanya.

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee berkata tindakan polis itu menyebabkan kumpulan pengganas Abu Sayyaf kehilangan tempat persembunyian di Sabah dan menghalang tindakan menceroboh oleh kumpulan tersebut.

Paparan Skrin / Twitter

“Ini mengejutkan bahawa pengganas bersembunyi di Beaufort kerana pekan itu yang terletak di barat daya Sabah, jauh dari ESSZone (Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah) di pantai timur Sabah yang dilindungi oleh ESSCom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah).

“Bagaimanapun seperti diakui polis ada saki baki kumpulan itu, maka penduduk tempatan terutama di dalam atau berdekatan kawasan setinggan mesti memainkan peranan lebih aktif dalam mengesan kehadiran pengganas dan penyokongnya agar pasukan keselamatan dapat menghapuskan pengganas ini segera,” katanya.

Sehubungan itu, Datuk Yong Teck Lee meminta kerajaan supaya mengukuhkan pasukan keselamatan ESSCom terutama memperkasakan aset keselamatan bagi melindungi Sabah daripada kegiatan keganasan, militan dan jenayah rentas sempadan.

Paparan Skrin / Twitter

Pada 17 Mei, pada jam 11.27 pagi, pasukan keselamatan berjaya menembak mati lima anggota kumpulan Abu Sayyaf termasuk seorang sub leader yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina dikenali sebagai Mabar Binda semuanya berusia antara 20-an dan 40-an.

Di kawasan yang sama juga pada 8 Mei lalu, pasukan keselamatan berjaya menahan lapan anggota kumpulan Abu Sayyaf termasuk dua yang dinamakan dalam senarai orang dikehendaki kerajaan Filipina, dalam operasi pada jam 3 pagi yang mana polis turut menahan 29 lagi individu warga Filipina.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI