25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGaya HidupDitembak pelali oleh PBT, netizen hiba anjing tular suatu ketika dahulu kemudiannya...

Ditembak pelali oleh PBT, netizen hiba anjing tular suatu ketika dahulu kemudiannya mati

Para pencinta haiwan mendapat perkhabaran memilukan apabila seekor anjing bernama Xiao Bai yang pernah sensasi di media sosial tahun 2019, dilaporkan sudah mati.

Xiao Bai meraih perhatian warganet pada tahun tersebut berikutan sering mendapatkan bungkusan makanan di sebuah gerai nasi ayam di Miri, Sarawak.

Berita kematiannya itu dikongsikan oleh pemilik kedai terbabit, Alex Sim di laman Facebooknya pada 17 Mei lalu.

Alex Sim/Facebook

“Bai, manusia memang teruk termasuklah saya. Berehatlah dengan tenang..”, tulisnya pada kapsyen berserta dengan foto anjing berkenaan.

Difahamkan bahawa Xiao Bai mati selepas pegawai Majlis Bandaraya Miri (MBM) menemuinya di jalanan dan menembak ubat pelali padanya.

Alex walau bagaimanapun tidak mendedahkan sebab kematian anjing itu namun seorang wanita mendakwa dirinya sebagai pemilik Xiao Bai ada berkongsi sesuatu.

Menurutnya, pada pagi 17 Mei, Xiao Bai masih lagi berkeliaran di luar rumah seperti biasa walaupun sudah dipanggil masuk oleh wanita itu.

Alex Sim/Facebook

“Pada waktu itu, saya nampak beberapa orang yang kelihatan seperti kakitangan Majlis. Apabila saya sedar bahawa mereka akan menembak anjing liar, maka saya segera mencari Xiao Bai”.

Malangnya dia tidak berjaya menemukan Xiao Bai. Lebih kurang jam 11 pagi, dia kemudian menerima pesanan teks daripada jiran mengatakan bahawa anjingnya telah ditembak di kawasan berdekatan.

Selepas mengetahui perkara itu, wanita tersebut pergi ke pejabat MBM untuk mendapatkan penjelasan. “Saya tanya pada pegawai di sana, apa yang berlaku?”.

Alex Sim/Facebook

Mereka menjawab bahawa mereka hanya menembak ubat pelali dan Xiao Bai akan tersedar dalam tempoh dua jam.

“Namun selepas 2 petang, Xiao Bai masih lagi tidak sedarkan diri. Dua jam kemudian, tubuh Xiao Bai menjadi kaku dan pada ketika itulah, wanita itu sedar bahawa anjingnya sudah tiada.

Berasa tidak puas hati, wanita itu sekali lagi berhubung dengan pihak MBM. Kata mereka, daya tahan Xiao Bai pada ubat pelali itu agak lemah, membuatkan anjing malang itu mati.

Walau bagaimanapun, wanita itu mengakui pernah mendapat notis amaran mengenai operasi melibatkan haiwan liar di kawasan berkenaan, seminggu sebelumnya.

Alex Sim/Facebook

Alex dalam pada itu enggan warga Facebook menuding jari kepada mana-mana pihak ekoran kejadian ini.

Dia juga turut meminta maaf kepada tidak membalas setiap pertanyaan warganet yang prihatin. “Saya sangat sedih ketika ini jadi saya tidak dapat balas mesej kamu semua”.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI