Orang kata haiwan beaver yang dilihat dalam animasi dan kartun selalu muncul dengan peranannya sebagai ‘jurutera empangan’. Mereka sebenarnya memang arkitek alam secara semula jadi. Tanpa diajar atau disuruh memang boleh tahu sendiri ketika menggunakan giginya.
Beaver dengan gigi depan yang tajam suka mengunyah kayu, menggali terowong, juga membina kolam dan empangan dengan tanah sebagai tempat perlindungan, selain menjadikan kawasan persembunyian daripada musuh semula jadi, atau lebih mudah memerangkap mangsa di dalam sungai.
Oleh kerana sifatnya yang suka akan seni bina, zoo atau pemeliharanya di tempat perlindungan mesti menyediakan kayu untuk membolehkan beaver ini mengekalkan ‘tugas semula jadinya secara konsisten’.
Agensi penyelamat haiwan liar ‘Second Chances Wildlife Center’ dari Kentucky, Amerika Syarikat sebelum ini telah menyelamatkan seekor anak beaver dari sebuah sungai. Beaver kecil itu sangat memerlukan bantuan untuk terus hidup memandangkan dia bersendirian tanpa ibunya.
Ketua agensi itu, Bridgette Brouillard memutuskan untuk membawa pulang beaver kecil ini supaya dia mendapat penjagaan yang sesuai sehingga usia dewasanya.
Bridgette menamakan beaver kecil ini Justin Beaver sempena nama penyanyi pop popular itu, dan memanggilnya JB.
Si kecil JB cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya. JB bukan sahaja gemar makan ubi keledek, malahan dia juga suka bersarang dengan selimut kecil atau apa sahaja barang-barang yang menghangatkan, yang dijumpainya.
Walaupun Bridgette tidak tahu apa yang telah berlaku kepada keluarga JB, tetapi dia masih perlu kembali ke alam semula jadi ketika sudah dewasa dan tidak boleh duduk dengan manusia.
Melihat penampilan JB memang sangat comel. Apa yang manusia tidak boleh tahan dengan sifat comelnya ialah dengan kemahiran membongkar apa sahaja barang yang digemarinya yang tidak boleh dipandang remeh.
Pintu, sudut serta dinding berkayu, perabot, dan lain-lain barangan kayu dalam rumah Bridgette hampir tidak dapat dilepaskan dengan gigi tajam JB selagi mereka itu namanya kayu.
JB perlu mengasah giginya dengan kayu dan ranting secara berterusan kerana itu sifat semula jadinya.
Di samping itu, untuk membolehkan JB menyesuaikan diri dengan air dan menjaga kesihatan bulu, dia perlu wajib merendam diri sebanyak 4 hingga 5 kali dalam sehari di dalam tab mandi yang dipenuhi dengan air, yang mana memerlukan banyak usaha untuk menjaganya.
Walaupun tidak mudah mengurus JB dengan banyak wang terpaksa dihabiskan seperti untuk membaiki kayu dan perabot, Bridgette tidak menyalahkannya.
Lagipun, ini adalah sifat semula jadi beaver. Ketika dewasa, dia mula mengumpulkan semua jenis benda kegemaran yang ditemuinya untuk membuat ‘bahan binaan’ atau ‘empangan’
JB sangat suka dengan mainan anak-anak Bridgette, mengalih alas kaki, tikar dan tuala serta lain-lain.
JB mengheret semua barang-barang ini ke dalam kandangnya untuk membina pondok rahsia atau empangan dengan akalnya yang sentiasa berjalan.
Walaupun rumah itu sering dikacau oleh JB menjadi kelam kabut, Bridgette tidak pernah marah dengannya kerana tahu inilah JB sebagai haiwan beaver. Bakat dan naluri seekor beaver yang normal.
JB bagai ahli keluarga sendiri yang sangat suka dipeluk, dan dia akan mengeluarkan suaranya yang comel, membuat semua orang berasa ceria dan terus tersenyum melihat kecomelannya.
Malangnya, beaver masih tidak sesuai untuk dijaga di dalam rumah sebagai haiwan peliharaan, jadi Bridgette telah mengupah tenaga kerja dan kontraktor empangan Team Aqua Scape dan The Pond Guy untuk membina kolam dan rumah yang sesuai untuk JB agar dia dapat membiasakan diri dengan kehidupan semula jadi di luar rumah.
Lambat laun pada suatu hari kelak, JB mungkin akan berpisah dengan keluarga manusianya kerana dia haiwan liar.
Jadi projek ini merupakan kaedah terbaik untuk melakukannya. Lagipun, JB masih boleh terus mesra dengan keluarga manusianya walaupun dia telah berada di luar.
Tonton video di bawah: