34.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaNasionalPenutupan semua sekolah di Kelantan dilanjutkan sehingga cuti Aidilfitri

Penutupan semua sekolah di Kelantan dilanjutkan sehingga cuti Aidilfitri

KOTA BHARU – Penutupan semua sekolah dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di negeri Kelantan yang bermula 3 Mei ini dilanjutkan sehingga cuti Aidilfitri.

Sebelum ini media melaporkan penutupan membabitkan 596 buah sekolah di Kelantan adalah sehingga 1 Mei. 

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Zulkernai Fauzi berkata seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan, sesi persekolahan akan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 16 hingga 27 Mei.

@BernamaTV/Twitter

“Semua sekolah akan bercuti pertengahan tahun bermula 28 Mei hingga 12 Jun dan akan dibuka semula pada 13 Jun,” katanya kepada Bernama.

Pada 27 April, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini sehingga 17 Mei berikutan peningkatan kes COVID-19.

Kelantan merekodkan 401 kes positif baharu COVID-19 dengan 32 kluster yang masih aktif pada 29 April.

Sementara itu, Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Setiu, Terengganu ditutup 14 hari bermula Rabu lepas hingga 11 Mei berikutan terdapat 12 kes positif COVID-19 di sekolah berkenaan yang melibatkan 11 pelajar dan seorang guru.

Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata berikutan itu semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah berkenaan menjalani ujian calitan dan proses kuarantin.

@KKMPutrajaya/Twitter

Beliau berkata penutupan sekolah dilakukan bagi memberi laluan kepada  proses disinfeksi dan membuat saringan kesihatan untuk mencegah penularan COVID-19 di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dr Nor Azimi turut mengingatkan golongan guru agar terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mencegah penularan yang lebih besar di sekolah.

“Guru juga kena sentiasa menjaga jarak dengan pelajar termasuk ketika sesi ‘tasmik’ al-Quran kerana sudah ada kes jangkitan berlaku ketika sesi ini berjalan dan jumlahnya lebih daripada seorang,” katanya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI