31 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGlobalSelepas 11 tahun, Lee Kwang Soo umum akan tinggalkan Running Man

Selepas 11 tahun, Lee Kwang Soo umum akan tinggalkan Running Man

KOREA SELATAN – Pelakon, model dan pelawak terkenal, Lee Kwang Soo akhirnya mengumumkan akan meninggalkan program realiti hiburan ‘Running Man’ yang telah dibintanginya sejak 11 tahun yang lalu.

Berita tergempar itu telah disahkan sendiri oleh agensi yang diwakilinya iaitu King Kong by Starship menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa lalu. Kwang Soo dikhabarkan mengambil keputusan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan hiburan nombor satu di Korea Selatan itu berikutan keadaan kesihatan dirinya.

Sinar Harian

“Kwang Soo tidak akan lagi bersama-sama dengan keluarga SBS Running Man. Program rakaman terakhir melibatkan dirinya akan diadakan pada 24 Mei ini”.

Viki

“Sejak terlibat dalam kemalangan jalan raya tahun lalu, Kwang Soo masih lagi menjalani rawatan pemulihan dari semasa ke semasa. Dia merasakan agak sukar untuknya memberikan sepenuh komitmen lebih-lebih lagi ketika menjalani penggambaran program ini dan dalam masa yang sama masih mendapatkan rawatan rehabilitasi bagi merawat kecederaannya”.

K Star Holic

Terdahulu, Kwang Soo dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kereta pada Februari 2020. Kemalangan ini telah menyebabkan buku lali kaki kanannya retak.

Setelah mengadakan perbincangan bersama staf produksi, kru dan rakan-rakan, bintang yang turut diberikan jolokan ‘Putera Asia’ ini akhirnya membuat keputusan untuk mengutamakan kesihatan dirinya dari segi fizikal mahupun mental.

Korean Celeb Gossip

Penularan berita ini telah mengejutkan ramai peminat di seluruh dunia sehingga ada yang tidak dapat menerima kenyataan. Bagaimanapun, masih ramai yang menyokong beliau dan mengucapkan terima kasih kerana telah menceriakan serta menghiburkan para penonton selama 11 tahun.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI