27 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 27, 2024
UtamaInspirasiKesudian rakyat Malaysia bantu lindung Dafi si anjing ‘poodle’ yang hilang, wajar...

Kesudian rakyat Malaysia bantu lindung Dafi si anjing ‘poodle’ yang hilang, wajar dipuji

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seekor anjing jenis Poodle dilihat berada dalam ketakutan, berlari di sebuah jalan raya.

Video berkenaan telah dimuat naik oleh seorang pengguna, @fatinsyahirah1 di laman Instagram.

@fatinsyahirah1/Instagram

Menurut sumber, anjing yang bernama Dafi itu dirakamkan di sekitar stesen MRT, di kawasan Cheras, Kuala Lumpur pada 24 April lalu.

Situasi tersebut sangat mencemaskan kerana rata-rata pengguna berasa bimbang jika berlaku perkara tidak diingini pada anjing tersebut.

@fatinsyahirah1/Instagram

Kelihatan ramai pengguna jalan raya yang turut memberikan kerjasama, termasuklah penunggang motosikal yang turut mengekori langkah anjing itu bagi menghalangnya beralih ke tengah jalan.

Namun anjing yang ketakutan itu bertindak terus melarikan diri sebaik sahaja cuba ditangkap oleh individu yang mahu menyelamatkannya.

Dafi sebenarnya dilaporkan hilang selama 10 hari oleh pemiliknya, Steven Chong, di mana ia secara tidak sengaja terlepas daripada pusat penjagaan haiwan di Taman Segar.

Steven Chong/Facebook

Pada 12 April lalu, Steven meletakkan Dafi di pusat jagaan tersebut ekoran terpaksa melakukan tugasan luar.

Dua hari kemudian, pusat jagaan itu memaklumkan bahawa Dafi telah terlepas selepas petugas secara tidak sengaja membiarkan pintu terbuka.

Pusat jagaan tersebut walau bagaimanapun bersedia untuk memberi RM2,000 sebagai ganjaran buat sesiapa yang berjaya membawa Dafi pulang.

Steven Chong/Facebook

Mujurlah pada 26 April, Dafi dibawa pulang ke pangkuan Steven oleh seorang lelaki bernama Siva. Dafi masih lagi dalam keadaan yang ketakutan dan hanya mendiamkan diri.

Mengulas mengenai bagaimana pengguna jalan raya di lokasi tersebut bertindak cuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan Dafi, Steven turut menzahirkan terima kasih.

“Saya sangat berterima kasih kepada anda semua yang telah berusaha membantu. Semoga anda semua diberkati, wahai rakyat Malaysia”, tulisnya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI