29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaNasionalRempuh Myvi dan menyebabkan kematian, pemandu Hilux didakwa

Rempuh Myvi dan menyebabkan kematian, pemandu Hilux didakwa

Pemandu Hilux yang merupakan seorang pengusaha pasar mini telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Muar pada 27 April lalu atas tuduhan membunuh seorang wanita dalam satu kemalangan.

Gui Chui yang berusia 69 tahun hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret, Zuraidah Abu Bakar.

Utusan Malaysia

Dalam pada itu, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dalam kemalangan tersebut, Gui telah melanggar lampu isyarat merah dan merempuh sebuah Perodua Myvi yang dipandu Norain Abu Samah di lampu isyarat Bypass Temenggong Ahmad pada 25 April lepas.

@redzuanNewsMPB/Twitter

Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Putera Amirool Faez Suhasi manakala tertuduh diwakili peguam, RK Balakrishnan.

@redzuanNewsMPB/Twitter

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 25 Mei ini untuk serahan laporan bedah siasat mangsa, laporan kimia dan laporan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Terdahulu pada Ahad, seorang wanita dilaporkan maut manakala anak perempuannya cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah Toyota Hilux yang dipandu Gui.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...

TREN TERKINI