Ramai individu gemar mengambil haiwan peliharaan sebagai peneman. Antara haiwan yang sesuai dipelihara di rumah kerana sifatnya yang jinak adalah kucing, anjing, burung, arnab dan sebagainya.
Berbeza dengan haiwan ternakan, kebiasaannya tujuan haiwan seperti ayam dan lembu dibela adalah untuk komersial.

Namun sama seperti haiwan peliharaan, haiwan ternakan juga perlu diberikan kasih sayang yang secukupnya dan sekiranya anda bertuah, anda mungkin akan dikelilingi dengan haiwan seperti kisah Cinderella.
Seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini memaparkan gelagat seorang lelaki bersama ratusan ayam ternakannya.

Menerusi video pendek berdurasi 15 saat itu, lelaki berkenaan menjadi buah mulut warganet apabila aksinya menyanyi keriangan sambil diikuti oleh ratusan ayam mengundang gelak tawa orang ramai.
I just saw this video and I thought I’d share it 😂😂 pic.twitter.com/Er9JTqF9IO
— Nature & Animals🌴 (@AnimalsWorId) February 17, 2021
Tambahan pula, tahap kreativiti lelaki ini apabila menjadikan kayu buluh sebagai batang swafoto turut menghiburkan majoriti penonton yang menyaksikan video ini.
Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, ramai warganet yang terhibur melihat aksi lelaki ini bersama ayam-ayamnya.

“Banyaknya peminat lelaki ini!”“.
“Siapa sangka ada pekerjaan yang seronok seperti ini”.
“Saya harap saya merupakan salah seekor ayam itu”.
Sehingga artikel ini ditulis, video yang tular itu telah meraih 203.3 ribu jumlah tontonan dengan 3.3 ribu tanda suka. Memang kelakar habis!