28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 11, 2024
UtamaInspirasiAdibah Noor tawar diri secara sukarela mengajar Bahasa Inggeris di Didik TV,...

Adibah Noor tawar diri secara sukarela mengajar Bahasa Inggeris di Didik TV, tidak terkejut mengapa ramai setuju

Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini melancarkan Didik TV sebagai usaha untuk memberikan akses kepada pendidikan untuk semua pelajar di seluruh negara, juga sebagai alternatif atau penambah baik pembelajaran dalam talian, dan pembelajaran secara penuh menerusi saluran NTV7 yang telah ditamatkan.

Saluran berkenaan dikatakan berdasarkan kurikulum pendidikan standard yang diamalkan. Selain kurikulum, saluran ini juga akan menampilkan berita mengenai dunia pendidikan, ‘edutainment’ dan juga kandungan yang dihasilkan oleh para pelajar. 

Dan tidaklah begitu mengejutkan, apabila pelakon dan penyanyi popular negara, Adibah Noor menawarkan diri untuk mengajar Bahasa Inggeris di Didik TV menerusi satu ciapan di laman Twitternya yang tular.

Paparan Skrin /Twitter

Ciapan yang sejak itu mendapat perhatian lebih 6,000 retweet dengan kebanyakan netizen bersetuju dan memohon kepada Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan visi ini.

Berikut mengapa ramai yang berpendapat Adibah Noor akan menjadi guru Bahasa Inggeris yang baik juga sebagai perantara yang sempurna untuk Didik TV:

1. Adibah Noor sebelum ini adalah bekas guru Bahasa Inggeris yang berkelayakan.

Ketika beliau melakonkan pelbagai watak sebagai guru yang ikonik, Adibah Noor sebelum ini adalah seorang guru bertauliah yang pernah mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur sebelum berhenti sebagai penjawat awam dan menyertai bidang hiburan pada sekitar tahun 1994 hingga 1995.

Paparan Skrin / Instagram

2. Beliau telah membuktikan kehebatan berbahasa Inggeris beberapa kali

Walaupun tidak diragukan Adibah Noor adalah penutur Bahasa Inggeris yang luar biasa, sebelum ini beliau pernah membetulkan sebutan Bahasa Inggeris orang lain tetapi melakukannya dengan cara klasiknya yang lucu dan menawan.

Contoh pertama adalah ketika pembaca berita TV3 tersalah mengucapkan perkataan ‘wilderness’, beliau menyiarkan video pendek yang memperbetulkan sebutan pembaca berita itu. Kali kedua ketika Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun memberi ucapan dan Adibah Noor membetulkan beberapa kesalahan yang dilakukan oleh menteri berkenaan.

https://www.instagram.com/p/CK_TqYvFNvE/

3. Pelakon dan penyanyi ini beberapa kali menyuarakan mengenai kesukarannya untuk mendapatkan pekerjaan ketika tempoh PKP

Adibah Noor berkongsi di media sosial bagaimana beliau terpaksa menjual koleksi barang kemas dan rumahnya demi kelnagsungan hidup sepanjang tempoh PKP. Bukan itu sahaja, beliau turut mendedahkan bagaimana bayaran yang diterimanya sebagai artis selepas PKP 1.0 tidak sebanyak yang diterimanya sebelum pandemik berlaku.

Mungkin peluang dapat diberikan oleh Kementerian Pendidikan bagi membantu pelakon dan penyanyi ini untuk kembali dalam bidang pendidikan disamping dapat menghiburkan para pelajar dengan bakatnya.

3. Adibah Noor adalah Adibah Noor!

Tidak dapat dinafikan Adibah Noor adalah penghibur dan pelakon yang berkarisma dengan gayanya yang tersendiri. Tidak kira watak, beliau berlakon sebagai pengetua Puan Noor Hajar di dalam siri Oh My English! atau Cikgu Adibah dalam filem Telentime, atau pembantu rumah dalam filem Gubra, kita tidak dapat mengelak untuk tergelak pada setiap kali beliau muncul di kaca televisyen dan layar perak.

Paparan Skrin / Instagram

Didik TV bersama Adibah Noor sebagai guru Bahasa Inggeris pasti akan membantu lebih ramai pelajar terpikat untuk berada di hadapan televisyen malahan teruja serta seronok untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan sebutan dan cara yang betul. Bukan sekadar pelajar, malahan orang dewasa juga yang ingin memahirkan pertuturan dalam Bahasa Inggeris.

Harapan yang terbaik untuk Cikgu Adibah Noor dan semoga sentiasa bertabah dengan apa sahaja kemurahan rezeki yang mendatang.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI