31.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024
UtamaBerita UtamaPeniaga burger luah kekesalan dikompaun RM50,000 kerana berniaga melebihi waktu yang ditetapkan

Peniaga burger luah kekesalan dikompaun RM50,000 kerana berniaga melebihi waktu yang ditetapkan

KOTA BHARU – Seorang penjual burger meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila pihak polis mengenakan kompaun sebanyak RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had waktu yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut peniaga yang dikenali sebagai Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38 tahun, dia menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di hadapan rumahnya yang terletak di Kampung Rambutan Rendang.

Bagaimanapun sekitar jam 11.10 malam, dia telah didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan 15 burger dari pelanggan sebuah kilang di Pengkalan Chepa untuk juadah sahur.

Facebook

“Ketika itu tiada seorang pelanggan di kedai dan saya sedang menyiapkan tempahan daripada pekerja kilang. Memang saya belum tutup kedai tapi meja sudah disimpan. Saya hanya menyiapkan pesanan untuk dihantar kepada pekerja kilang”.

Jelas Faisal lagi, “Saya agak terkejut apabila dikenakan kompaun setinggi itu hanya untuk kesalahan ini. Sudahlah musim PKP, berniaga pun bukannya laris sebagaimana sebelum ini”.

Facebook

Difahamkan, Faisal sebelum ini pernah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 bagi kesalahan yang sama. Namun, tidak menyangka akan dikenakan jumlah kompaun maksimum kerana kes berulang. Dia turut berharap agar jumlah kompaun ini akan dipertimbangkan semula memandangkan sumber pendapatan utamanya hanyalah dengan berniaga burger.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan mengenai laporan kompaun berkenaan dan menegaskan bahawa jumlah kompaun pada kertas sama sebanyak RM50,000 merupakan jumlah maksimum bagi kedai yang berniaga lebih masa atau membuka meja untuk pelanggan atau tidak menyediakan penyukat suhu.

Facebook

“Bagi kesalahan individu akan ditulis jumlah maksimum RM10,000. Bagaimanapun, peniaga berkenaan boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Itu cuma dinyatakan jumlah maksimum,” jelas Abdul Rahim.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI