32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024
UtamaBerita UtamaTerengganu terus catat jumlah mangsa banjir tertinggi

Terengganu terus catat jumlah mangsa banjir tertinggi

Seramai 66,718 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri, dengan Terengganu dan Kelantan terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa setakat 4 petang 20 Disember, lapor Bernama.

Di Terengganu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat berterusan menyebabkan mangsa banjir meningkat kepada 39,108 orang daripada 10,735 keluarga, berbanding 37,792 daripada 10,401 keluarga pada pagi 20 Disember.

Sebanyak 315 PPS beroperasi di kesemua lapan daerah di negeri itu dengan Kemaman merekodkan 10,042 mangsa di 31 PPS; Besut (9,378 mangsa di 96 PPS); Hulu Terengganu (6,652 mangsa di 58 PPS) dan Setiu (4,748 mangsa di 60 PPS).

Dungun merekodkan 2,913 mangsa di 36 PPS; Kuala Terengganu (2,252 mangsa di 11 PPS); Kuala Nerus (1,720 mangsa di 11 PPS) manakala Marang (1,403 mangsa di 12 PPS).

Di Kelantan, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 26,630 orang daripada 9,319 keluarga pada petang, berbanding 17,326 orang daripada 4,793 keluarga pada pagi.

Sebanyak 131 PPS dibuka membabitkan jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.

Lima sungai utama melepasi paras bahaya termasuk Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai dengan bacaan 40.00 meter (m), Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (3.18 m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.71 m).

Di Pahang, Sekretariat JPBN melaporkan banjir di daerah Raub pulih apabila 67 mangsa banjir di tiga PPS di daerah itu dibenarkan pulang, namun mangsa banjir di Kuantan meningkat sedikit petang ini dengan 873 mangsa ditempatkan di lapan PPS, berbanding 867 orang pada pagi.

Di Perak, jurucakap Sekretariat JPBN menyatakan 54 orang daripada 17 keluarga kekal berada di dua PPS setakat 4 petang membabitkan daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Di Johor, mangsa banjir yang ditempatkan di tiga PPS membabitkan daerah Segamat kekal 53 orang setakat 4 petang.

JPBN dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa daripada 17 keluarga itu adalah penduduk Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya.

Dalam perkembangan sama, situasi di Terengganu masih lagi berada pada tahap bahaya susulan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri itu sehingga Khamis.

Menurut MetMalaysia, amaran hujan berterusan tahap bahaya dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI