30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGlobalAkuarium gergasi pecah di hotel Berlin, cetus ‘tsunami’ akibatkan 1,500 ikan gagal...

Akuarium gergasi pecah di hotel Berlin, cetus ‘tsunami’ akibatkan 1,500 ikan gagal diselamatkan

Sebuah akuarium gergasi di dalam sebuah hotel di Jerman meletup pada pagi 16 Disember dan mencetuskan ‘tsunami’ yang menyebabkan kerosakan dan kerugian besar berlaku.

Akuarium setinggi 24.99 meter itu terletak di ruang legar Hotel Radisson Blu, di pusat bandar Berlin, Jerman. Ia pecah sekitar jam 5:50 pagi waktu tempatan, sekali gus membunuh kesemua 1,500 ikan tropika yang berada di dalamnya, lapor Daily Mail.

Facebook

Letupan di Akuarium AquaDom itu melepaskan sejuta liter air ke lobi dan memutuskan bekalan elektrik di hotel tersebut. Dua orang cedera akibat terkena serpihan kaca dan menerima rawatan di hospital.

Terdapat spekulasi suhu beku semalaman menyebabkan keretakan pada tangki kaca yang kemudian meletup, bagaimanapun pihak polis masih menyiasat punca sebenar letupan.

Facebook

Usaha turut dilakukan untuk menyelamatkan tambahan 400 hingga 500 ekor ikan kecil yang ditempatkan di dalam akuarium lain di bawah lobi hotel tersebut kerana tanpa bekalan elektrik, haiwan akuatik itu tidak dapat menerima oksigen yang diperlukan untuk terus hidup.

Pelbagai pertubuhan termasuk Zoo Berlin menawarkan untuk mengambil ikan-ikan yang masih hidup. Aquarium Aquadom yang menempatkan ikan-ikan tersebut digambarkan sebagai tangki silinder terbesar di dunia.

Facebook

Antara 80 jenis ikan yang ditempatkan di akuarium utama ialah blue tang dan clownfish iaitu dua spesies ikan berwarna-warni yang terkenal dalam filem animasi, Finding Nemo.

“Malangnya, tiada seekor pun daripada 1,500 ikan itu dapat diselamatkan,” kata Datuk Bandar Berlin, Franziska Giffey.

Facebook

Datuk Bandar Giffey berkata, kejadian itu mencetuskan ‘tsunami’ tetapi berlaku semasa awal pagi yang telah menghalang lebih banyak kecederaan daripada berlaku.

Letupan akuarium itu telah menyebabkan lobi hotel dipenuhi dengan lebih sejuta liter air, sebahagian daripadanya melimpah  ke luar kompleks menyebabkan polis menutup jalan-jalan berdekatan.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI