26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024
UtamaBerita UtamaFasa 3 dan Rayuan BKM, penerima akan mula menerima bayaran mulai 20...

Fasa 3 dan Rayuan BKM, penerima akan mula menerima bayaran mulai 20 September ini – PM

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 dan Rayuan akan mula menerima bayaran mulai 20 September ini secara berperingkat. Pembayaran tersebut dijangka selesai pada 27 September 2022.

Menurut Ismail Sabri, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada:

1. Penerima BKM sedia ada kategori isi rumah.
2. Warga emas bujang / tiada pasangan.
3. Bujang.
4. Mereka yang telah lulus rayuan BKM.

Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan kerajaan pada Jun yang lepas.

Sehingga September 2022, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan dan masih terdapat bayaran fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022.

Untuk rekod, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu bahawa “BKM adalah bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH)”.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan komitmen berterusan kerajaan bagi meringankan beban golongan B40. Untuk menyemak status pembayaran, anda bolehlah berbuat demikian melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my bermula 20 September nanti.

Semoga penerima-penerima BKM ini akan memanfaatkan sebaiknya bayaran yang akan diterima kelak.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI