26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024
UtamaBisnes & EkonomiBarang bayar mahal-mahal sudahnya dicampak tepi sampah, netizen kecewa perkhidmatan JNT sekali...

Barang bayar mahal-mahal sudahnya dicampak tepi sampah, netizen kecewa perkhidmatan JNT sekali lagi

Satu Malaysia telah tahu dengan video tular tentang insiden bagaimana pekerja syarikat kurier J&T- Perak memperlakukan barang-barang pelanggan dengan kasar ekoran tidak berpuas hati dengan majikan, baru-baru ini.

Ekoran insiden tersebut kalangan netizen termasuk yang bukan pelanggan meluahkan rasa kecewa sehingga ada yang marah dengan servis yang diberikan syarikat tersebut.

Beberapa pelanggan J&T turut memuat naik status di laman media sosial mereka untuk meluahkan rasa kecewa setelah kebanyakan barang yang diterima selepas insiden pekerja membaling barang itu telah rosak dengan teruk.

Lantaran tindakan tidak betanggungjawab itu, kalangan netizen menubuhkan Facebook Group untuk berkongsi masalah yang mereka hadapi dengan perkhidmatan syarikat kurier tersebut.

Facebook

Rata-rata netizen berkongsi kisah barang yang hilang, rosak dan sudah tentu sekali barang itu lambat sampai dan ia tidak boleh digunakan lagi sama sekali.

Baru-baru ini seorang netizen dikenali norellanisukri berkongsi di Facebook tentang bagaimana barang beliau bukan sahaja rosak teruk malahan telah dibiarkan di pusat simpanan tanpa dipedulikan, seperti berikut:

“Pengalaman paling teruk dengan J&T Express-Malaysia. Pihak kami hantar barang pelanggan sejak 8 Februari yang sehingga hari ini tidak sampai-sampai. Kemudian pelanggan itu buat keputusan untuk ambil sendiri barang yang telah dibayarnya di pusat simpanan J&T Bukit Raja (Selangor), sebab jejak bungkusan itu berada di sana.”

“Sampai sahaja di sana pelanggan bagi nombor ‘tracking’ itu sebagai rujukan tetapi mereka menolak. Tanya mereka barang apa? Pekerja J&T tunjuk tempat simpanan barang. Pelanggan ini dan rakannya pergi cari sendiri sambil melihat pekerja-pekerja lain duduk melepak dan hisap rokok buat tidak tahu, sebab bukan masalah dia buat apa hendak ambil tahu.”

“Kemudian pelanggan itu ternampak bungkusannya yang dimaksudkan dengan merujuk nombor ‘tracking’, nama dan alamatnya, yang sangat kasihan sedang berada berhampiran dengan tempat simpanan tetapi di tepi tempat sampah. Paling menyedihkan pekerja yang melihat di situ, semuanya buat muka tidak bersalah dan tiada kata untuk mengucap minta maaf pun.”

Almaklum bukan mereka yang membaling dan terpaksa membuang barang itu, kerana pelakunya berada di negeri lain. Tetapi syarikat ini memang tidak bertanggunjawab dalam menjaga kebajikan pekerja dan pelanggannya.

Tulis netizen ini lagi, “Wahai J&T, pelanggan saya beli barang itu dengan nilai RM500 dan kemudian bayar caj kurier anda dengan nilai RM81, suruh jaga cantik-cantik dan cermat tetapi anda semua campak dia dekat tempat sampah sahaja. Ada beberapa tin sudah terbuka dan tertumpah! Sumpah hendak menangis tengok wei…”

Facebook

Yalah, orang lain semua kerja keras dan berusaha cari rezeki, cari makan, serupa macam pekerja J&T yang tidak puas hati campak-campak barang itu cari makan. Semua orang pun boleh menangis bila orang memperlakukan rezeki dia macam itu.

“Yang paling sedih banyak parcel lain di tempat sampah berhampiran. Tidak akan menggunakan perkhidmatan anda buat selamanya!” Luah netizen ini yang berasa serik untuk mempercayai syarikat kurier ini sekali lagi.

Facebook

Kita sebenarnya tidak perlu mengambil tahu apa masalah pekerja J&T ini dengan pihak atasan mereka, kerana ini adalah soal dalaman syarikat yang perlu diselesaikan tanpa melibatkan pelanggan yang ‘membayar dan mempercayai’ perkhidmatan yang mereka berikan.

Pelanggan tidak bersalah, dan insiden ini sudah tentu menjejaskan imej atau reputasi syarikat dan mendatangkan kerugian kepada syarikat secara keseluruhannya. Janganlah pula marahkan nyamuk kelambu dibakar!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI