32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024
UtamaGlobalTwitter gantung akaun penyumbang utama vaksin mRNA Dr. Robert Malone

Twitter gantung akaun penyumbang utama vaksin mRNA Dr. Robert Malone

Dr. Robert Malone, penyumbang utama kepada teknologi vaksin mRNA dan pengkritik lantang mandat dan peraturan COVID-19, telah digantung oleh Twitter.

Menulis di halaman Substack, Dr. Malone yang telah mengumpulkan lebih 500,000 pengikut di Twitter mengesahkan akaunnya “digantung secara kekal dari Twitter” dan berkata, “Kami semua sudah menjangka ia akan berlaku pada akhirnya.”

“Lebih setengah juta pengikut hilang dalam sekelip mata. Ini bermakna saya mesti telah berada di dalam sasaran, boleh dikatakan,” tulisnya pada 29 Disember. “Melebihi sasaran. Ia juga bermakna kita kehilangan komponen penting dalam perjuangan ini untuk menghentikan vaksin yang dijadikan mandat (wajib) untuk kanak-kanak dan untuk menghentikan rasuah dalam kerajaan kita, serta kompleks industri-perubatan dan industri farmaseutikal.”

Dr. Robert Malone (Gambar oleh Zhen Wang/The Epoch Times)

Menurut hantaran Dr. Malone, beliau mengarahkan pengguna membaca halaman Substack miliknya untuk kemas kini di masa hadapan. Sementara itu, beliau dijadualkan muncul dalam podcast pelawak dan pengulas UFC Joe Rogan pada 30 Disember.

“Substack adalah cara terbaik untuk melihat tulisan saya. Saya menghargai sokongan semua yang mendaftar untuk surat berita saya. Ia benar-benar penting buat saya,” tulisnya dalam hantaran itu.

Apabila cuba mengakses halaman Dr. Malone, ia memberikan mesej penggantungan Twitter: “Akaun digantung. Twitter menggantung akaun yang melanggar peraturan Twitter.”

Firma media sosial yang berpangkalan di San Francisco itu belum mengeluarkan komen umum tentang mengapa mereka menggantung akaun Dr. Malone, atau secara spesifik hantaran yang menimbulkan kemarahan syarikat. Twitter belum menjawab permintaan The Epoch Times untuk mendapatkan komen.

Dr. Malone memberitahu The Epoch Times, Twitter tidak memberikannya notis awal sebelum ia menyerahkan penggantungan itu.

“Sepanjang tahun lalu, saya ada menerima beberapa notis daripada Twitter bahawa terdapat aduan mengenai beberapa hantaran tetapi tiada tindakan diambil. Saya tidak menerima amaran sebelum pengharaman itu,” katanya.

Tangkap layar diberikan oleh Dr. Malone kepada The Epoch Times yang menunjukkan teks dari Twitter yang berbunyi, “Secara spesifik, untuk: Melanggar polisi kami mengenai penyebaran maklumat mengelirukan dan berpotensi berbahaya berkaitan dengan COVID-19. Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan Twitter untuk berkongsi maklumat palsu atau mengelirukan tentang COVID-19 yang boleh membawa kepada bahaya.” Platform itu tidak menjelaskan lebih terperinci.

Dalam temu bual bersama The Epoch Times pada awal tahun ini, Dr. Malone berkata imuniti yang didapati daripada jangkitan COVID-19 sebelum ini adalah lebih baik berbanding yang diberikan oleh vaksin COVID-19.

“Orang awam berdepan dengan situasi di mana mereka telah diberitahu bahawa imuniti semula jadi tidak begitu melindungi, yang mereka tidak boleh bergantung ke atas itu; bahawa sekiranya anda telah dijangkiti sebelum ini, anda masih perlu mendapatkan kedua-dua dos vaksin; bahawa vaksinasi ini akan memberikan perlindungan yang lebih meluas dan bertahan lama, dan ia akan melindungi anda dan orang tua anda daripada anda yang berpotensi menyebarkan penyakit itu kepada mereka,” katanya dalam temu bual itu yang diterbitkan pada bulan September.

Twitter telah menimbulkan kemarahan penyokong kebebasan bersuara dan Republikan selepas pengharaman akaun individu berprofil tinggi, termasuk mantan Presiden Donald Trump. Seorang lagi pengkritik lantang mandat COVID-19 yang terkemuka, bekas wartawan New York Times Alex Berenson, memfailkan saman terhadap Twitter pada awal bulan ini atas sekatan akaun miliknya beberapa bulan sebelum itu.

Alex Berenson, yang mengendalikan halaman Substack, mendakwa penggantungan kekal Twitter daripada platform media sosial telah melanggar Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat serta undang-undang California.

“Twitter tidak dapat dinafikan adalah perkhidmatan hantaran mesej. Undang-undang California yang telah lama wujud bertujuan untuk mengawal perkhidmatan hantaran mesej sebagai ‘pembawa biasa.’ Ini bermakna mereka mesti menerima semua mesej yang diterima. Oleh itu, Twitter mesti menerima semua ciapan yang diterimanya. Tiada hak dalam Pindaan Pertama untuk menolaknya atas dasar yang syarikat itu tidak bersetuju dengan mereka,” tulis Berenson menerusi halamannya pada 21 Disember.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI