30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGaya HidupAnak kucing baru lahir ditemui sebuah keluarga di Thailand, tanpa sangka ia...

Anak kucing baru lahir ditemui sebuah keluarga di Thailand, tanpa sangka ia spesies kucing penangkap ikan dalam senarai terancam

Jadi ada kucing yang jari kakinya berselaput? Sebuah keluarga di Thailand melihat ke luar tingkap rumah mereka pada suatu hari dan menemui seekor makhluk kecil di tepi jalan, jadi salah seorang telah melangkah ke situ untuk menyiasat. 

“Saya ingat anak kucing biasa, tetapi apabila datang lebih dekat, saya rasa ini bukan kucing peliharaan biasa,” kata wakil keluarga itu.

Keluarga ini kemudian memutuskan untuk menghubungi Wildlife Friends Foundation Thailand (WFFT) untuk mendapatkan bantuan mengenali dan merawat haiwan itu.

Facebook

Selepas organisasi penyelamat haiwan itu menghantar wakil untuk menyelidik, didapati anak kucing ini bukan kucing domestik biasa, tetapi kucing penangkap ikan atau spesies kucing liar yang pada zaman kini amat jarang ditemui.

Tidak pula boleh menyangka bagaimana kucing liar itu boleh berada berdekatan dengan penempatan penduduk, malahan kelibat ibunya juga tiada. 

Facebook

Kemudian, mereka mendapat jawapan daripada keluarga itu.

Keluarga itu berkata mereka menyelamatkan seekor kucing penangkap ikan betina beberapa tahun lalu dan membantunya membesar, dengan kemudian melepaskannya ke alam liar setelah dia meningkat dewasa.

Facebook

Tetapi mungkin bagi pendapat kucing penangkap ikan ini, rumah keluarga itu adalah rumahnya juga. Walaupun dia hidup meliar dan pergi memburu makanannya sendiri di luar untuk kelangsungan hidupnya, dia masih ingat dan mengenang budi keluarga ini dan akan kembali melawat sekali-sekala.

Sehingga baru-baru ini, keluarga ini mendapati kucing penangkap ikan itu telah kembali, dan didapati kelibat seekor anak kucing berada bersebelahannya.

Facebook

WFFT menjelaskan, “Mungkin ibu kucing penangkap ikan itu secara tidak sengaja terlepas seekor anak kecilnya semasa sedang memindahkan anak-anak. Keluarga itu memberitahu telah terlalu lewat untuk menunggu ibu kucing penangkap ikan kembali, dan mereka bimbang dengan keselamatan anak kucing ini, jadi mereka meminta bantuan organisasi kami.”

WFFT menamakan anak kucing penangkap ikan itu Simba. Pada mulanya Simba berada dalam keadaan kritikal. Badannya dalam keadaan hipotermia dan sangat memerlukan susu ibunya. Berita baik, setelah berada dalam jagaan doktor haiwan profesional, Simba telah terselamat daripada bahaya di mana kini keadaannya semakin sihat dan stabil.

Facebook

Kucing penangkap ikan atau nama saintifiknya Prionailurus viverrinus adalah spesies kucing liar yang bersaiz sederhana. Mangsa dan makanan utama kucing ini ialah ikan. 

YouTube

Spesies kucing unik dan berbulu cantik yang sungguh mahir berenang dan menyelam. Kucing ini mempunyai jari kaki separa berselaput dan berkuku tajam untuk membantunya hidup dalam persekitaran separa akuatik. 

YouTube

Kucing ini agak garang dan akan melawan jika berhadapan dengan musuh. Kucing penangkap ikan hidup di kawasan tropika seperti di Asia Tenggara, juga ditemui di Asia Selatan seperti di Sri Lanka dan India, yang biasa berhabitat di kawasan air tawar seperti sungai dan paya bakau.

Faktor-faktor seperti pembalakan dan kemusnahan kawasan paya bakau, pencemaran sumber air, dan eksploitasi berlebihan sumber perikanan telah menyebabkan habitat kucing penangkap ikan telah musnah. 

YouTube

Disamping, ancaman pemburu haram yang memburu kucing ini untuk kulit dan bulunya telah menyebabkan spesies kucing penangkap ikan menghadapi ancaman terdedah kepupusan (Vulnerable) untuk berada dalam senarai merah IUCN (Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam) sejak tahun 2016.

Tonton video di bawah:

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI