32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024
UtamaBerita UtamaKerajaan Jepun sumbang peralatan rantaian sejuk kepada KKM

Kerajaan Jepun sumbang peralatan rantaian sejuk kepada KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima sumbangan peralatan rantaian sejuk bernilai RM6 juta dari kerajaan Jepun melalui Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) sekali gus meningkatkan kapasiti penyimpanan vaksin COVID-19.

Sumbangan berupa dalam bentuk 184 peti sejuk, 1,343 kotak sejuk dan 1,579 pencatat data akan diedarkan kepada 436 fasiliti kesihatan awam di seluruh negara secara berperingkat, bagi memperkukuhkan pengurusan rantaian sejuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dijalankan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada majlis penyerahan berkata, Malaysia melahirkan penghargaan atas sumbangan ikhlas kerajaan Jepun semasa wabak melanda dan pendirian mereka membantu negara lain yang bergelut melawan COVID-19.

Twitter

“Acara ini adalah contoh terbaik pakatan strategik yang mempamerkan kemanusiaan cemerlang dalam memerangi COVID-19 secara bersama-sama serta berusaha untuk mencapai matlamat yang sama,” katanya.

Sambil menambah usaha ini dapat dicapai berikutan hubungan baik dan kukuh yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Jepun. 

Malaysia juga telah menerima satu juta dos vaksin AstraZeneca (AZ) yang disumbangkan oleh kerajaan Jepun pada Julai tahun ini untuk mempergiatkan proses vaksinasi di bawah PICK.

Duta Besar Jepun ke Malaysia Oka Hiroshi yang turut hadir pada majlis itu memuji proses vaksinasi kerajaan Malaysia yang disifatkan berjalan dengan giat dan lancar.

Beliau turut melahirkan penghargaan terhadap sikap kerajaan Malaysia yang sentiasa melayan warga Jepun di Malaysia secara sama rata dalam program vaksinasi kebangsaannya.

“Ia membuatkan kami berasa selamat dan terjamin di tengah-tengah krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini,” kata Duta Hiroshi.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI