Kita sering menginginkan negara yang maju ke hadapan. Kalau boleh semua teknologi dan kemudahan dapat digunakan seiring dengan perkembangan zaman. Namun, apa yang sering menjadi isu ialah apabila masih ada antara kita yang masih memiliki mentaliti kelas ketiga.
Buktinya, masih berlaku pembuangan sampah merata-rata seperti yang diceritakan oleh seorang netizen di laman sosial TikTok miliknya. Apa yang lebih menyakitkan hati apabila keretanya yang menjadi ‘mangsa’ kepaa perbuatan tidak bertanggungjawab orang.
Apa yang berlaku ialah seseorang daripada penghuni di rumah pangsa di mana dia tinggal telah mencampakkan mi segera sehingga terkena pada keretanya yang diparkir di bawah. Hasilnya, keretanya menjadi sangat kotor dengan mi segera yang dibuang itu.
Apa yang berlaku adalah sesuatu yang sangat teruk. Membuang makanan atau apa sahaja sesuka hati dari tingkat atas ke bawah adalah perbuatan yang sangat tidak beradab dan bertanggungjawab. Setiap daripada kita perlu menjadi rakyat yang lebih baik dan berhenti mencemarkan persekitaran.