Pasti ramai antara anda yang pernah menonton rancangan TV Jepun, Masquerade atau lebih dikenali sebagai ‘Kasou Taishou’. Ia adalah persembahan pentas yang dilakukan oleh pelbagai kumpulan amatur atau artis solo yang dinilai oleh panel hakim. Apa yang menariknya rancangan ini memaparkan banyak lakonan dengan menggunakan kesan palsu yang sangat kreatif.
Kreativiti tersebut kini sekali digunakan dan kali ini ia ditontonkan di hadapan jutaan orang yang menyaksikan siaran langsung acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Artis yang terlibat melakukan pelbagai aksi dan gaya yang menunjukkan acara-acara yang dipertandingkan di temasya sukan terbesar dunia itu. Jika dilihat pada persembahan mereka pasti ramai yang sangat teruja dan kagum dengan kreativiti mereka.
Jepun nampaknya tidak mahu melepaskan peluang untuk menunjukkan keunikan yang mereka miliki ketika acara gilang-gemilang tersebut. Buat peminat rancangan Masquerade pasti ramai yang meneka-neka akan aksi yang dilakukan artis terlibat.