26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 23, 2024
UtamaGlobalApa yang berlaku seterusnya selepas sabitan jenayah Donald Trump

Apa yang berlaku seterusnya selepas sabitan jenayah Donald Trump

Barisan 12 Juri Manhattan mengambil masa kurang 12 jam untuk membuat keputusan dalam perbicaraan jenayah Donald Trump di New York, apabila mendapati bekas Presiden Amerika Syarikat itu bersalah atas 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan dengan niat untuk menyembunyikan jenayah lain.

Sabitan ke atas Donald Trump menjadikannya Presiden Amerika Syarikat pertama yang disabitkan dengan kesalahan jenayah.

Sekiranya rayuan dikemukakan tidak berjaya, Trump bakal berhadapan sama ada hukuman penjara, tempoh percubaan, atau denda.

Gambar oleh Timothy A. Clary / AFP / Getty Images

Akhirnya, terpulang kepada ketua hakim, Hakim Juan Merchan, untuk memutuskan hukuman yang sesuai. Peguam Daerah Manhattan Alvin Bragg tidak akan mendakwa sekiranya pendakwa raya mengemukakan permohonan hukuman penjara.

Hakim telah menetapkan keputusan hukuman pada 11 Julai ini jam 10 pagi. Ia adalah empat hari sebelum Konvensyen Kebangsaan Republikan di mana Presiden Trump akan secara rasmi dilantik sebagai calon presiden GOP.

Walaupun telah disabitkan dengan kesalahan jenayah, Presiden Trump tidak dihalang daripada bertanding untuk kembali ke Rumah Putih.

Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu:

Jenayah

Perbicaraan selama enam minggu itu berkaitan dengan pertuduhan pembayaran AS$130,000 oleh bekas peguam Presiden Trump, Michael Cohen bagi pihak Trump, kepada pelakon filem dewasa (porno) Stormy Daniels, atau nama sebenarnya Stephanie Clifford, menjelang pilihan raya presiden 2016.

Peguam Daerah Manhattan Alvin Bragg mendakwa Cohen membuat pembayaran bagi pihak Presiden Trump untuk menutup mulut Clifford berhubung dakwaan hubungan sulit yang dinafikan bekas presiden itu pernah berlaku. Peguam daerah selanjutnya mendakwa Presiden Trump menyalah labelkan pembayaran balik kepada Cohen bagi pembayaran tersebut untuk menyembunyikan kesalahan lain, yang membentuk satu pemalsuan rekod perniagaan bersifat jenayah.

Pendakwa raya mendakwa jenayah sekunder itu merupakan kesalahan undang-undang pilihan raya New York yang merupakan jenayah konspirasi “untuk mempromosikan atau menghalang pemilihan mana-mana individu ke pejabat awam dengan cara menyalahi undang-undang.”

Cara menyalahi undang-undang yang dikenal pasti oleh pihak pendakwaan adalah pelanggaran Akta Kempen Pilihan Raya Persekutuan, pemalsuan lain-lain rekod perniagaan, atau pelanggaran undang-undang cukai. Hakim Merchan memutuskan pihak juri tidak perlu sebulat suara bersetuju mengenai “maksud yang menyalahi undang-undang”.

Sepanjang perbicaraan, Presiden Trump mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap sebarang pertuduhan jenayah.

Gambar oleh Angela Weiss / AFP / Getty Images

Apa yang bakal mendatang?

Jenayah yang disabitkan ke atas Presiden Trump adalah jenayah kelas E, tahap paling rendah di bawah undang-undang New York. Setiap pertuduhan membawa hukuman maksimum empat tahun penjara, tetapi undang-undang negeri mengehadkan jumlah hukuman maksimum kepada 20 tahun.

Presiden Trump berkemungkinan akan segera merayu terhadap sabitan itu, dan beliau mempunyai 30 hari untuk berbuat demikian. Tetapi sekiranya usaha itu gagal, nasibnya akan terletak di tangan hakim yang lantang dikritik Trump sebagai berat sebelah dan “rasuah”.

Semasa perbicaraan, bekas presiden itu dua kali membuat permohonan penarikan Hakim Merchan atas alasan konflik kepentingan. Salah satu konflik yang didakwa adalah hakikat bahawa anak perempuan hakim, Loren Merchan, mengetuai firma perunding politik bagi kempen Presiden Biden-Harris sebagai pelanggan mereka.

Hakim Merchan juga mengenakan perintah ‘gag’ (larangan bersuara) ke atas Presiden Trump, menghalangnya daripada mengulas mengenai kakitangan mahkamah, pendakwa raya, bakal saksi, juri dan ahli keluarga hakim itu sendiri. Semasa perbicaraan, Presiden Trump didenda AS$9,000 kerana melanggar perintah gag.

Kebanyakan pakar undang-undang tidak menjangkakan Presiden Trump akan dijatuhkan hukuman penjara. Peguam Daerah Bragg tidak menjawab soalan mengenai sama ada pihak pendakwaan sedang menuntut hukuman penjara selepas mengulas keputusan 30 Mei yang diumumkan.

Selain penjara, tempoh percubaan atau tahanan dalam rumah juga merupakan pilihan hukuman.

Keputusan hukuman terpulang kepada budi bicara Hakim Merchan, yang akan mengambil kira rekod Presiden Trump, yang mana tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah terdahulu, dan faktor lain, seperti sejarah peribadinya serta sifat jenayah itu sendiri.

Hakim mungkin akan membenarkan Trump mengelak daripada menjalani sebarang hukuman sehingga beliau menamatkan rayuannya.

Menyifatkan perbicaraan itu sebagai “memalukan,” bekas presiden itu kelihatan tidak tergugat dengan keputusan yang diumumkan ketika beliau berucap kepada pemberita di luar kamar mahkamah.

“Keputusan sebenar adalah pada 5 November, oleh rakyat,” katanya, sambil menambah, “Kami akan terus berjuang, kami akan berjuang sehingga ke saat akhir, dan kami akan menang.”

Masih bolehkah Trump bertanding jawatan Presiden?

Ya. Walaupun sebagai penjenayah yang disabitkan kesalahan, Presiden Trump masih boleh meneruskan kempennya untuk kembali ke Rumah Putih. Tidak ada dalam Perlembagaan yang melarang pesalah undang-undang daripada bertanding atau berkhidmat di pejabat tertinggi Amerika Syarikat.

Hanya empat hari selepas pendengaran keputusan hukuman yang dijadualkan, Jawatankuasa Kebangsaan Republikan ditetapkan untuk mencalonkan Presiden Trump sebagai calon presiden parti semasa konvensyen bermula pada 15 Julai.

Satu-satunya cara seseorang tidak boleh bertanding jawatan Presiden—selain tidak dilahirkan di Amerika Syarikat atau tidak dilahirkan oleh ibu bapa warganegara Amerika Syarikat, berumur di bawah 35 tahun dan belum pernah menjadi pemastautin lebih 14 tahun di Amerika Syarikat, dan sekiranya Senat mengundi untuk menghalang seseorang daripada bertanding untuk jawatan itu di masa depan. Tetapi undi itu, yang hanya memerlukan majoriti mudah, tidak akan berlaku melainkan seseorang itu disabitkan dalam perbicaraan pemecatan—yang memerlukan majoriti dua pertiga Dewan untuk melakukan pemecatan.

Di samping sabitannya di New York, bekas Presiden Trump juga masih terlibat dalam dua kes persekutuan yang dibawa oleh peguam khas Jack Smith dan kes pilihan raya 2020 di Georgia yang dibawa oleh Peguam Daerah Fulton, Fani Willis.

Masalah undang-undangnya yang semakin memuncak telah menjadi penghalang kepada bidaan presidennya. Dengan perbahasan presiden pertama yang akan datang pada 27 Jun, calon GOP (Republikan) itu dianggap lebih suka berkempen daripada memperjuangkan kebebasannya.

Gambar oleh Justin Lane/Pool/AFP/Getty Images

Bolehkah Trump menjadi Presiden jika berada dalam penjara?

Walaupun Presiden Trump dijatuhkan hukuman penjara sebelum pilihan raya, beliau masih boleh berkhidmat sebagai ketua komander sekiranya dipilih. Trump masih boleh memerintahkan tindakan ketenteraan, menandatangani rang undang-undang, memberikan pengampunan dalam kes persekutuan, menandatangani pengisytiharan, dan memenuhi semua tanggungjawab presiden.

Seperti apakah susunan pejabat presiden di penjara atau adakah penjara bakal kelihatan sebagai satu perkara berasingan. Tetapi beliau masih mempunyai perlindungan Perkhidmatan Rahsia seperti mana-mana presiden. Walaupun sebagai bekas presiden, Trump mempunyai perlindungan Perkhidmatan Rahsia melainkan beliau menolaknya, yang memandangkan ancaman terhadapnya, ia adalah perkara yang sangat mustahil.

Bolehkah Trump memberi pengampunan untuk dirinya sendiri?

Sekiranya Presiden Trump menang pada November, beliau masih tidak dapat mengampuni dirinya sendiri memandangkan presiden hanya boleh memberikan pengampunan berkaitan kes persekutuan. Walaupun Trump boleh mengampuni dirinya sendiri sekiranya beliau disabitkan bersalah dalam dua kes persekutuannya, perbicaraan di New York adalah kes negeri. Di sana, satu-satunya yang boleh memberinya pengampunan ialah Gabenor New York.

Memandangkan Gabenor New York Kathy Hochul adalah seorang Demokrat yang lantang mengkritik bekas presiden itu, nampaknya tidak mungkin Trump akan menerima pengampunan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI