27.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaBerita UtamaWarga Bangladesh ditahan ekoran ceroboh pangsapuri di Puchong

Warga Bangladesh ditahan ekoran ceroboh pangsapuri di Puchong

PUTRAJAYA: Tiga warga Bangladesh berusia 23 hingga 30 tahun ditahan polis kerana menceroboh sebuah unit kosong pangsapuri di Puchong pada Isnin.

BH Online

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, warga Bangladesh itu ditahan pada pukul 9 malam di rumah berkenaan.

Tindakan polis dibuat selepas pemilik rumah membuat laporan di Balai Polis Ayer Putih, Kemaman, Terengganu.

Laporan tersebut kemudiannya diserahkan ke Balai Polis Putra Perdana, Puchong untuk tindakan lanjut.

Laporan itu dibuat oleh pemilik selepas dia menerima berita yang disiarkan melalui media mengenai kediamannya diceroboh warga asing.

“Warga Bangladesh itu mengaku menduduki rumah berkenaan sejak dua bulan lalu, dengan merosakkan kunci pintu dan menggantikannya dengan yang baharu.

“Tiga warga Bangladesh yang ditahan itu akan dibawa ke mahkamah pagi ini bagi mendapatkan perintah reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” kata Wan Kamarul.

BH Online

Pada Ahad, media melaporkan seorang lelaki terkejut apabila mendapati rumah kenalannya di Puchong yang dibiarkan kosong sejak 10 tahun lalu diceroboh dan didiami warga asing.

Lelaki terbabit yang memuat naik kisah itu menerusi akaun Facebook miliknya, Srilabu Kedah berkata kejadian itu diketahui selepas kenalannya yang tinggal di Pantai Timur itu meminta dia menjualkan rumah jenis pangsapuri berkenaan.

Dia terkejut apabila mendapati rumah itu didiami warga asing ketika datang untuk meninjau kediaman berkenaan.

“Kawan kepada sahabat saya yang tinggal di kampungya di Pantai Timur meminta saya menjualkan unit pangsapurinya di Puchong yang dibiarkan kosong sejak 10 tahun lalu.

“Selepas menerima kunci unit itu, saya yang tinggal di Seremban 2 datang meninjau rumah berkenaan di Puchong untuk mengetahui keadaannya sebelum urusan penjualan dilakukan.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati rumah itu didiami warga asing.

“Hal itu kemudian dimaklumkan kepada pemilik rumah yang juga terkejut dengan maklumat itu,” katanya.

BH Online

Warga asing tersebut didapati tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Ini telah menyebabkan mereka tidak dapat berkomunikasi.

Tindakan warga asing itu menunjukkan mereka semakin berani melakukan perkara yang bertentangan undang-undang.

“Mereka ceroboh masuk rumah orang macam tu saja, kita warga sendiri (tempatan) pun tak berani buat seperti itu.

“Bekalan air ke rumah itu diambil secara sambungan dari rumah jiran sebelah, tetapi saya tak mengetahui bagaimana mereka mendapatkan bekalan elektrik,” katanya.

BH Online

Seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai penyelia warga Bangladesh yang ditahan itu memaklumkan mereka sudah lama tinggal di situ tanpa gangguan sesiapa.

Apa yang mengejutkan adalah warga Bangladesh itu meminta lelaki tempatan untuk menunjukkan bukti bahawa rumah itu milik rakannya.

“Mereka minta bukti benarkah rumah ini milik rakan saya. Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang?

“Saya sudah minta pemilik rumah membuat laporan polis dan saya sendiri juga akan melaporkan kes ini kepada pihak imigresen.

“Saya minta anda semua kongsikan cerita ini, kita nak semua orang peka terutama mereka yang ada rumah kosong kerana bimbang ia diceroboh dan didiami warga asing,” katanya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI