33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024
UtamaBerita UtamaSekurang-kurangnya 11 orang maut selepas tanah runtuh di China

Sekurang-kurangnya 11 orang maut selepas tanah runtuh di China

Sekurang-kurangnya 11 penduduk tempatan maut manakala puluhan yang lain masih hilang selepas tanah runtuh di China pada 22 Januari lalu.

Kejadian tanah runtuh di kampung Liangshui berdekatan dengan bandar Tangfang di Daerah Zhenxiong itu juga memaksa ratusan penduduk dipindahkan ke tempat lain.

Sekurang-kurangnya 50 orang tertimbus di dalam 18 buah rumah berasingan yang belum dapat dihubungi.

Sembilan mayat berjaya dijejaki, walaupun suhu yang sangat sejuk di rantau itu hampir menghalang usaha mencari mangsa yang masih hidup.

Menurut CNN, lebih 500 orang telah dipindahkan susulan daripada tanah runtuh yang berlaku di daerah Yunnan, China itu.

Rakaman dron yang disiarkan oleh media negeri tempatan memaparkan bangunan tertimbus dalam lumpur yang likat yang dikelilingi salji.

Pada ketika itu, punca bencana walau bagaimanapun belum diketahui.

CNN

Maklumat berkaitan bencana di China sering kali melangkaui atau diubah suai untuk memenuhi naratif rejim komunis China.

Hal ini dikatakan demikian kerana tiada maklumat yang dilaporkan disahkan secara bebas sementara angka sebenar mangsa mungkin lebih tinggi.

Tanah runtuh itu berlaku selepas gempa bumi yang kuat melanda wilayah barat laut China iaitu antara wilayah Gansu dan Qinghai.

Hampir 150 orang terbunuh dalam kejadian gempa bumi berkenaan yang berlaku pada bulan lepas.

Gempa berskala 6.2 magnitud pada 18 Disember 2023, merupakan gempa bumi terkuat pernah melanda China sejak hampir sedekad yang lalu.

Gempa yang mencetuskan beberapa tanah runtuh tersebut telah menguburkan dua buah kampung di wilayah Qinghai.

1,000 orang cedera dan lebih 14,000 buah rumah musnah dalam kejadian berkenaan.

BBC

Pusat Meteorologi Kebangsaan China melaporkan daerah Yunnan sedang berhadapan dengan keadaan cuaca ekstrem dengan suhu pada atau di bawah paras beku.

Tanah runtuh di wilayah barat daya China sering berlaku disebabkan oleh iklim lembap dan hujan di sana.

Kawasan utama yang paling terjejas akibat tanah runtuh adalah kawasan pertanian atau pelombongan manakala kawasan berisiko termasuk hutan yang telah ditebang dan lereng sekitar projek kejuruteraan.

Berdasarkan laporan The Guardian, pada September 2023, sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh apabila berlaku tanah runtuh di rantau selatan China, Guangxi.

Pada Jun 2023, hampir 20 orang maut apabila asrama pekerja sebuah syarikat pelombongan yang terletak di daerah pedalaman berbukit di Leshan, Wilayah Sichuan China dihempap tanah runtuh.

14 orang maut manakala beberapa lagi cedera dalam tanah runtuh di tapak pembinaan di barat daya China pada Januari 2022.

Sejarah pada Disember 2015 pula mencatatkan tanah runtuh telah menimbus dan menenggelamkan bangunan di sebuah taman perindustrian di bandar China, Shenzhen.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI