27.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaBerita UtamaAI Untuk Rakyat rapatkan jurang literasi digital rakyat Malaysia

AI Untuk Rakyat rapatkan jurang literasi digital rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan sejuta rakyat akan mengikuti program literasi Kecerdasan Buatan, AI Untuk Rakyat hingga hujung tahun ini.

BH Online

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program pembelajaran kendiri dalam talian selama empat jam tersebut perlu segera dilaksanakan.

Kumpulan permulaan bagi program berkenaan adalah pelajar sekolah, penuntut universiti dan penjawat awam.

Program asas mengenai AI secara percuma itu terbuka kepada rakyat sebagai usaha transformasi digital yang sedang giat dijalankan kerajaan.

“Kerajaan kini serius melaksanakan transformasi digital melalui program AI ini.

“Kita tiada pilihan untuk mendedahkan rakyat dengan literasi AI ini,” katanya selepas pelancaran Program Kecerdasan Buatan AI di UPM, pada Selasa.

Program itu akan disediakan dalam empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Tamil.

Dua modul iaitu AI Aware dan AI Appreciate akan diperkenalkan menerusi program tersebut.

Rakyat yang berminat boleh melayari www.AI.gov.my.

Setiap individu boleh melengkapkan program empat jam itu mengikut tahap kelajuan masing-masing sama ada secara berasingan masa atau terus-menerus.

Perdana Menteri turut menzahirkan kebimbangan kesan negatif penggunaan AI ini.

Namun beliau percaya ia tidak menghakis nilai manusiawi jika rakyat mempunyai kekuatan nilai jati diri.

BH Online

“Kebimbangan yang sama pernah berlaku ketika mula-mula komputer diperkenalkan kepada rakyat dalam tahun 80-an.

“Saya masih ingat tahun 80-an semasa mahu mempopularkan komputer di seuruh negara.

“Banyak pertimbangan tentang bahan yang mungkin kompromi tentang akhlak, pornografi dan sebagainya.

“Jadi saya fikir bagaimana hendak tarik minat masyarakat di kampung, saya bawa komputer ke masjid.

“Saya tanya imam nak baca surah apa dan saya klik Surah Al-Baqarah.

“Itu antara cara saya nak yakinkan masyarakat.

“Kini keadaan sudah berubah. Kebimbangan 80-an tidak sangat merunsingkan pada tahun 2024,” katanya.

Turut serta dalam majlis pelancaran berkenaan ialah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Menurut Rafizi, pengenalan program ini bagi golongan pelajar adalah bertujuan menarik minat mereka menceburi dan seterusnya membina kerjaya dalam sektor ini.

Bagi golong masyarakat lain pula, tujuannya adalah untuk memahamkan mereka bahawa teknologi boleh membawa manfaat yang besar dalam kehidupan.

BH Online

“Ia bukanlah seperti yang telah digambarkan oleh Hollywood dan digembar-gemburkan sebagai teknologi yang akan mengambil alih fungsi manusia dan seterusnya akan menawan dunia.

“Pemahaman asas mengenai teknologi AI membuka peluang memperdalam pengetahuan teknologi yang amat diperlukan dalam dunia digital.

“Dengan memanfaatkan peluang ini, kita mampu membina ekonomi digital yang kalis masa hadapan dan membolehkan Malaysia menjana nilai yang lebih tinggi di persada dunia,” katanya.

Susulan AI yang semakin hebat diperkatakan oleh masyarkat seluruh dunia, kerajaan berhasrat untuk membina saluran bakat yang sihat bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang ini.

“Pelaburan dalam pendidikan dan kemahiran digital bukan sahaja membolehkan kita mengharungi arus perubahan terkini dalam landskap ekonomi.

“Tetapi juga melengkapkan diri kita untuk memimpin masa hadapan yang tidak menentu dengan menggunakan sumber sedia ada secara optimum,” kata Rafizi.

Selain media sosial, jabatan dan agensi kerajaan seperti Rakan Muda dan rangkaian Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan truut mempromosikan program itu.

“Selari dengan pendekatan seluruh negara di bawah kerangka MADANI saya juga mengalu-alukan pembabitan sektor swasta untuk sama-sama menjayakan program ini.

“Suka saya sarankan kepada semua rakyat Malaysia, di mana juga berada, untuk mengambil peluang yang diberikan secara percuma ini.

“Selain dapat meningkat pengetahuan serta pemahaman mengenai teknologi AI ini, kita juga boleh bersama-sama membina masyarakat yang celik teknologi, demi mencapai aspirasi menjadi negara berteraskan ekonomi digital menjelang 2030,” kata Rafizi.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI