30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024
UtamaBerita UtamaPenyelamat mangsa terjun di Jambatan Pulau Pinang dikenal pasti

Penyelamat mangsa terjun di Jambatan Pulau Pinang dikenal pasti

GEORGE TOWN: Penyelamat mangsa terjun di Jambatan Pulau Pinang pada 15 Januari lalu dikenal pasti sebagai seorang anggota tentera.

Kosmo! Online

Berdasarkan hantaran Facebook Tentera Darat Malaysia, Koperal Mazlan bin Abdul Rahman merupakan anggota daripada Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu DiRaja (2 RAMD).

“Koperal Mazlan telah menyelamatkan orang awam yang dikhuatiri lemas di Jambatan Pulau Pinang pada 15 Januari 2024.

“Semasa kejadian, anggota sedang melalui Jambatan Pulau Pinang dan bertindak pantas terjun sejurus terdengar jeritan meminta tolong dari bawah jambatan.

“Koperal Mazlan juga telah memberikan bantuan pernafasan (Cardiopulmunory Resuscitation (CPR)) kepada mangsa setelah merapat ke bot berhampiran.

“Tindakan pantas berkenaan telah berjaya menyelamatkan nyawa mangsa orang awam yang dipercayai terjatuh ke dalam laut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sikap berani dan pantas yang ditunjukkan Koperal Mazlan ini wajar dijadikan contoh oleh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

2 RAMD terletak di Kem Sungai Ara di Bayan Lepas dan difahamkan, Koperal Mazlan juga mempunyai lesen penyelamat kecemasan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin menerusi satu hantaran di Facebook turut mengucapkan tahniah kepada Koperal Mazlan atas tindakan beraninya menyelamatkan nyawa orang awam.

Facebook

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang pengguna jalan raya sanggup menggadai nyawa selepas nekad terjun dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang untuk menyelamatkan sepasang lelaki dan wanita yang terjatuh ke laut.

Kejadian berlaku ketika orang awam terbabit dikatakan sedang bertengkar sebelum dilihat terjatuh ke laut.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.49 malam.

Operasi menyelamat melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai.

Menurut jurucakap tersebut, mangsa merupakan rakyat tempatan.

Masing-masing berusia 30-an dilihat menaiki sebuah kereta Honda Civic berwarna putih sebelum pertengkaran berlaku.

“Dimaklumkan telah berlaku pertelingkahan antara mereka di kawasan hentian atas jambatan.

“Kedua-dua mangsa telah terjatuh ke dalam laut.

Kosmo

Setelah diselamatkan, kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 8.35 malam.

Susulan kejadian itu, laluan di kedua-dua laluan jambatan itu dilaporkan mengalami kesesakan dari arah Perai dan Pulau.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI