29 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024
UtamaBerita UtamaTiada kenaikan tambang bas sekolah

Tiada kenaikan tambang bas sekolah

SHAH ALAM: Tiada sebarang kenaikan tambang bas sekolah akan dikenakan bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac ini.

Kosmo

Presiden Pertubuhan Kebajikan Industri Bas Sekolah Malaysia, Mohamad Haron Mohamad Sidik berkata, tambang bas adalah atas persetujuan dengan pelanggan sahaja dan bukan lagi dikawal oleh kerajaan.

Menurut Mohamad Haron tidak boleh ada harga pakatan atau sebagainya dalam tambang berkenaan.

Hal ini dikatakan demikian kerana tindakan tersebut adalah salah di sisi Akta Pencatutan.

“Setiap tahun ada sahaja cerita pasal kenaikan tambang walaupun perkara itu tidak patut dibangkitkan lagi.

“Kalau rasa hendak naikkan tambang, berbincanglah secara baik dengan pelanggan.

“Jangan bebankan mana-mana pihak. Jika kedua-dua pihak setuju, maka itulah tambangnya.

“Selain itu, tambang setiap pengusaha adalah tidak sama dan bergantung kepada mutu perkhidmatannya,” kata Mohamad Haron kepada Kosmo.

Terdahulu, media melaporkan Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia mengesahkan tambang bas bagi sesi persekolahan Mac ini dijangka meningkat.

Jelas Mohamad Haron, apa yang dirisaukan kira-kira 350 ahli berdaftar persatuan ini adalah mengenai kenaikan minyak diesel daripada RM2.15 kepada RM3.75 seliter.

Ibu bapa tidak perlu risau mengenai tambang berkenaan, selagi tiada sebarang keputusan daripada pihak kerajaan mengenai subsidi minyak diesel atau petrol tersebut.

“Sekiranya ini (harga diesel naik), pasti ada kenaikan tambang sekolah, namun perlu berbincang untuk mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak terlibat.

“Justeru, saya cadangkan tambang bas sekolah ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya seperti yang dikecapi oleh penduduk-penduduk di Kuala Lumpur,” tegas Mohamad Haron.

Pihak Mohamad Haron akan berjumpa dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Lok Siew Fook bagi membincangkan subsidi tambang bas sekolah.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kenaikan tambang mestilah dikaji kerana semuanya mempunyai peranan terutamanya ibu bapa.

Kosmo

“Jadi kita belum keluarkan apa-apa keputusan tentang (kenaikan), cadangan itu macam-macam ada tapi ia masih dikaji lagi,” katanya.

Tambang bas berkenaan dijangka meningkat susulan pertambahan kos operasi dan penyelenggaraan jentera yang didakwa meningkat sehingga 80 peratus.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI