30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024
UtamaBerita UtamaLelaki ditembak mati di Puchong Prima miliki 13 rekod jenayah

Lelaki ditembak mati di Puchong Prima miliki 13 rekod jenayah

SUBANG JAYA: Seorang lelaki ditembak mati di Puchong Prima pada Ahad, 14 Januari 2024. Suspek yang merupakan buruan polis itu miliki 13 rekod jenayah.

Berita Harian

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek adalah rakyat tempatan dengan tujuh rekod jenayah dan enam rekod kesalahan narkotik.

Suspek maut selepas berbalas tembakan di hadapan Apartment Sri Acasia, Taman Puchong Prima pada pukul 3.49 petang.

“Siasatan lanjut masih dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

“Polis mengesan satu rakaman video berkait kejadian ini tular di media sosial.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan bagi mengelak kegusaran masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, sekitar kawasan Jalan Puchong Prima 3 gempar apabila bunyi letupan kedengaran dipercayai berpunca daripada kejadian tembak-menembak itu.

Satu klip video berdurasi 39 saat memaparkan beberapa lelaki menjerit lalu kedengaran bunyi tembakan dilepaskan.

Hussein meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan ke IPD Subang Jaya di talian 0378627222 atau tampil ke balai berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI