30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBerita UtamaHospital Tuaran gagal mengesan penyakit, remaja meninggal dunia

Hospital Tuaran gagal mengesan penyakit, remaja meninggal dunia

TUARAN: Seorang remaja meninggal dunia berpunca daripada kegagalan Hospital Tuaran mengesan penyakit ketika dia mendapatkan rawatan di sana.

Facebook

Menurut Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, pesakit malang itu, Aidil @ Erjuand Christian, 18, dibawa ke hospital berkenaan kerana demam panas.

Remaja dari Kampung Buleing, Tamparuli itu dibawa keluarganya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tuaran pada 25 Disember lalu.

“Saya dimaklumkan keluarga mangsa, selepas pemeriksaan diberikan ke atas remaja terbabit, pesakit itu dibenarkan pulang oleh Hospital Tuaran kerana tidak mengalami sakit teruk.

Namun, pada 28 Disember sekali lagi remaja terbabit dibawa keluarganya ke hospital itu kerana demam panas masih tidak berkurangan malah suhu badannya semakin meningkat.

Mangsa walau bagaimanapun dibenarkan pulang ke rumah kerana menurut pihak hospital, remaja itu tidak mengalami sakit teruk.

Facebook

Tangau berkata, remaja terbabit sekali lagi dibawa ke hospital yang sama pada 29 Disember kerana mengalami gusi berdarah.

Selepas menjalankan pemeriksaan, Hospital Tuaran memutuskan untuk merujuk remaja terbabit ke Hospital Queen Elizabeth pada hari yang sama.

Setelah doktor di Hospital Queen Elizabeth menjalankan pemeriksaan, mereka mendapati remaja berkenaan dijangkiti demam denggi berdarah.

Malah yang lebih utama ialah keadaan kesihatan remaja itu sangat kritikal.

Mangsa walau bagaimanapun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian (pada hari yang sama).

Tangau di sisi lain melahirkan rasa kesal atas sikap segelinitr masyarakat yang menganggap beliau mempolitikkan isu tersebut.

Tindakan Tangau dilihat seolah-olah sengaja menimbulkan kelemahan perkhidmatan Hospital Tuaran.

Facebook

“Ingin saya tegaskan soal nyawa manusia bukan perkara yang boleh dimainkan begitu sahaja atau dipolitikkan.

“Sebelum ini, saya ada menyuarakan kebimbangan mengenai kekurangan doktor pakar serta peralatan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dalam mengesan penyakit di Hospital Tuaran.

“Apabila begitu, ada pihak mengatakan saya ini tidak senang dengan doktor Hospital Tuaran,” katanya.

Susulan itu, Tangau berkata tanggapan itu tidak benar.

Ini kerana apa yang penting ialah Hospital Tuaran menjadi hospital pakar dan mempunyai doktor pakar untuk memenuhi keperluan pengguna.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI