30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBerita UtamaLelaki maut, 6 jam leher tersepit pintu gelangsar ruang ATM bank

Lelaki maut, 6 jam leher tersepit pintu gelangsar ruang ATM bank

SHAH ALAM: Seorang lelaki maut akibat leher tersepit pintu gelangsar ruang ATM sebuah bank di Kota Kemuning selama enam jam, awal pagi Selasa.

Berita Harian

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata polis menerima maklumat orang awam berhubung seorang lelaki ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 7.29 pagi.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tempat kejadian mendapati mangsa yang berusia sekitar 50-an ke 60-an itu berbaring di hadapan pintu masuk ke ruang mesin ATM dipercayai dalam keadaan mabuk pada jam 11.48 malam, semalam.

“Pada 12.01 tengah malam, pintu ‘shutter’ (gelangsar) ruang mesin ATM itu tertutup secara automatik menyebabkan leher mangsa tersepit antara pintu shutter dan lantai sebelum ia terbuka (secara automatik) semula pada jam 6 pagi.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu perubatan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Iqbal berkata, pemeriksaan ke atas badan si mati mendapati tiada kecederaan lain.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati mangsa tiada mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini.

“Siasatan dijalankan sebagai kematian mengejut (Suden Death Report).

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul di talian 012-3630512,” katanya.

Terdahulu tular beberapa gambar yang memaparkan seorang lelaki dipercayai sudah meninggal dunia terbaring di hadapan sebuah bank di Kota Kemuning.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI