30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBerita UtamaLima orang terkorban dalam nahas kapal terbang Jepun

Lima orang terkorban dalam nahas kapal terbang Jepun

TOKYO: Seramai lima orang terkorban dalam nahas kapal terbang Jepun yang berlaku di Lapangan Terbang Haneda pada Selasa, 2 Januari 2024.

Reuters Gambar: Ahli bomba dilihat berusaha memadamkan kapal terbang yang terbakar.

Rakaman video memaparkan kapal terbang Japan Airlines terbakar sejurus berlanggar dengan pesawat Pengawal Pantai Jepun ketika mendarat.

Rakaman video dan imej yang tular di media sosial menunjukkan penumpang menjerit dalam kabin yang dipenuhi asap.

Seorang penumpang membertitahu agensi berita Kyodo bahawa mereka merasakan seperti telah melanggar sesuatu ketika mendarat.

“Saya melihat percikan di luar tingkap dan kabin dipenuhi dengan gas dan asap,” kata penumpang itu.

Semua 367 orang penumpang dan 12 anggota krew di dalam pesawat jenis Airbus A350 tersebut berjaya keluar dengan selamat tanpa kecederaan.

The Japan Times Gambar kapal terbang Japan Airlines yang terbakar.

Kaoru Ishii, seorang ibu kepada penumpang kapal terbang JAL berkata dia menyangka penerbangan telah ditangguhkan sehinggalah anak perempuannya menghubunginya untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Saya bersyukur kerana dia selamat,” kata Kaoru Ishii.

Walau bagaimanapun, lima daripada enam orang di pesawat Pengawal Pantai meninggal dunia, sementara juruterbangnya cedera parah.

NHK melaporkan bahawa pelanggaran berlaku selepas kapal terbang JAL yang tiba dari Lapangan Terbang New Chitose, Hokkaido mendarat di landasan C.

Difahamkan, pesawat pengawal pantai tersebut sedang bersedia untuk berlepas ke pangkalan di Wilayah Niigata.

Pesawat berkenaan dalam misi menghantar bantuan ke kawasan yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda tengah Jepun pada Isnin.

Reuters Gambar penumpang berkumpul di dek pemerhatian untuk melihat nahas kapal terbang tersebut.

Kira-kira 70 jentera bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian yang berlaku sekitar pukul 5.47 petang.

Walaupun mereka telah berusaha memadamkan kebakaran, namun hampir keseluruhan kapal terbang berkenaan musnah ditelan api menjelang pukul 6.30 petang.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan menyatakan bahawa mereka sedang menyiasat kejadian ini.

“Saya tidak pernah mendengar tentang perlanggaran besar seperti ini di lapangan terbang di Jepun,” kata Yoshitomo Aoki, seorang penganalisa penerbangan.

“Sistem kawalan trafik udara dunia direka untuk mencegah kemalangan.

The Japan Times Gambar kapal terbang Japan Airlines terbakar di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.

“Selagi pengawal trafik udara di lapangan terbang mengeluarkan arahan yang betul dan juruterbang mematuhi arahan tersebut.”

Sekitar pukul 6 petang, semua landasan di Haneda ditutup. Penerbangan diarahkan ke lapangan terbang di seluruh negara.

Antaranya ialah Lapangan Terbang Narita di Wilayah Chiba, Lapangan Terbang Chubu Centrair berhampiran Nagoya dan Lapangan Terbang Kansai di Wilayah Osaka.

Kejadian malang ini berlaku ketika orang ramai mengambil peluang untuk pergi dan pulang dari kampung halaman sempena cuti Tahun Baharu.

The Japan Times Gambar tangkap layar menunjukkan beberapa kapal terbang menunggu di landasan Lapangan Terbang Haneda setelah lapangan terbang itu ditutup susulan nahas yang berlaku.

Haneda merupakan lapangan terbang paling sibuk di Jepun dengan hampir 90 juta penumpang pada 2019 telah menggunakan perkhidmatannya sebelum wabak COVID-19 melanda.

Haneda merupakan pusat penting bagi Japan Airlines, All Nippon Airways dan beberapa syarikat penerbangan kecil lain.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI